Mak Ayah Kena Beri Perhatian Pada 3 Kemahiran Penting Ini Dahulu, Nak Ajar Anak Menulis Dengan Baik
Macam Mana Melatih Kemahiran Awal Menulis
Bila nak ajar kanak-kanak menulis kita bukanlah perlu terus bagi pensil pada anak dan expect anak boleh menulis dengan baik. Ada kemahiran-kemahiran yang perlu kita lihat untuk membolehkan anak-anak menulis dengan baik.
Ilmu ini dikongsikan oleh Puan Aishah Kassim yang merupakan seorang Speech-Language Pathologist.
Rupanya bila nak anak pandai menulis dengan baik bukan sekadar kena biasakan dengan pensil. Mak ayah sebenarnya kena beri perhatian dahulu pada 3 kemahiran penting ini menerusi aktiviti-aktiviti yang sesuai.Latih dan ajar anak menulis ini boleh dilakukan seawal usia tiga tahun.
Berikut antara perkongsian beliau sebagai panduan.
3 perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah:
1. Koordinasi Bilateral
Skill ni bermula seawal 4 tahun. Skill ni penting untuk membolehkan kanak-kanak menulis dengan efisyen dari kanan kekiri atau kiri kekanan.
Contoh aktiviti yang boleh anda lakukan di rumah seperti aktiviti lacing menggunakan 2 tangan seperti:
Masukkan tali dalam straw, masukkan benang dalam manik dan lain-lain.
Melipat pakaian.
Mengemas cadar pada katil
Jadi pada peringkat awal, banyakkan aktiviti-aktiviti yang boleh melatih ketiga-tiga skill ni. Nanti bila anak dah ready untuk menulis dah senang dah. Biasanya mereka terus dapat je skill menulis dengan baik.
2. Kekuatan Otot & Koordinasi Tangan
Skill ni bermula seawal 3 tahun. Skill ni penting untuk kawalan pergerakan pensil, jadi tulisan anak akan jadi lebih stabil dan cantik. Anak pun tak cepat penat bila menulis lama.
Contoh-contoh aktiviti yang anda boleh lakukan adalah:
Memulas paip air untuk tutup / buka.
Memusing kunci pada tombol pintu.
Menyepit baju di ampaian.
Memasang butang / zip.
Menguli playdough / menekan playdough.
3. Pegangan Tripod
Skill ni bermula seawal 3 tahun. Tripod – maksudnya menggunakan 3 jari iaitu ibu jari, telunjuk dan jari tengah
Untuk melatih skill ni, anda boleh buat aktiviti-aktiviti seperti berikut:
Beri makanan pada anak seperti bijiran / kekacang sebiji-sebiji.
Gunakan garfu untuk cucuk buah / lain-lain.
Mengutip manik dari atas lantai.
Memasukkan syiling dalam tabung
Sumber: Aishah Kassim
Sumber: majalahilmu.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.