26.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Makanan Tinggi Kalsium Selain Susu

Ada banyak jenis makanan lain yang tinggi kalsium selain daripada susu. Susu memang semua orang tahu ada kalsium. Tapi bagi jenis tak minum susu korang boleh mengambil makanan ini yang juga tinggi kalsium.

1. Keju

Keju dalam kategori makanan daripada tenusu yang ada mengandungi kalsium. Setiap jenis keju memberi kandungan kalisum yang berlainan. Sebaiknya pilih keju jenis rendah lemak (100 gram) kerana ia membekalkan lebih kurang 49 peratus kalsium untuk keperluan dewasa.

2. Kacang Badam

Kacang badan juga antara makanan yang ada kalisum. Setiap 100 gram badam membekalkan 222 miligram kalsium iaitu 22 peratus kalsium keperluan harian dewasa.

3. Air Susu Soya

Susu kacang soya juga ada kalsium. Biasanya air susu soya ada ditambah kalsium di dalamnya. 

4. Sayur Kailan

Sayur kailan membekalkan 179 miligram kalsium untuk setiap 100 gram sayur kailan. Kailan juga ada serat, potassium dan folat yang bagus untuk kesihatan jantung, dan vitamin A untuk mata.

5. Brokoli

Brokoli juga mengandungi kalsium, vitamin A, vitamin C, dan potassium. Satu cawan brokoli mengandungi 10 peratus daripada jumlah kalsium yang dicadangkan harian.

6. Biji Bunga Matahari

Satu cawan biji bunga matahari memberikan 109 mg kalsium. Ia juga kaya dengan magnesium yang baik untuk mengimbangi kalsium dalam badan dan kesihatan saraf serta otot. 

7. Chia Seed

2 tablespoon chia seed membekalkan 179 mg kalsium. Chia seed juga mengandungi borin yang bagus untuk kesihatan tulang dan otot. 

8. Yogurt

Yogurt juga salah satu pilihan makanan ada kalsium. Pilih yogurt jenis rendah lemak dan pure tiada gula tambahan yang tinggi. Yogurt juga kaya dengan prebiotik dan ia baik untuk fungsi imun badan yang baik. 

9. Sayuran Berdaun Hijau

Sayuran jenis warna hijau membekalkan pelbagai nutrien seperti kalsium, vitamin dan mineral penting untuk badan kita. Jika tak gemar minum susu bolehlah mengambil sayuran hijau setiap hari dalam masakan.

10. Ikan Sardin

Ikan sardin membekalkan 35 peratus daripada keperluan harian. 

Ada banyak makanan ada kalsium. Lepas ni bolehlah masukkan dalam makanan harian anda. 

Baca juga; 

5 jenis makanan mengurangkan kalsium dalam badan

Suplemen Kalsium 

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI