Sejak semalam, kecoh di media sosial apabila seorang Tiktoker terkenal, Liana Beep Beep yang memaklumkan akaun lamanya telah ‘digodam’ sehingga memaksanya untuk membuka akaun baharu.
Bagaimanapun, tular sebuah video penjelasan daripada pihak syarikat dengan menyangkal dakwaan tersebut dengan memberitahu influencer makanan itu telah melanggar kontrak.
Dalam video penjelasan tersebut, syarikat mendakwa penjanjian kontrak melibatkan segala rakaman, pengurusan akaun dan pembayaran ditanggung sepenuhnya oleh mereka.
Tadi lalu dekat FYP Tiktok aku, pihak company tu buat explanation fasal akaun lama Liana yang kononnya kena hacked.. tapi nampak gaya macam ada plot twist lain.. kesian jugak la dekat company kalau betul jadi macam ni.. pic.twitter.com/oc5R8yHafy
— ??? (@IniAlalalannn) November 12, 2022
Malah, mereka juga memain semula pesanan suara daripada Liana yang memaklumkan dirinya tidak boleh bekerja lama kerana sedang hamil.
“Saya memang tiada masa sebab saya mengandung. Saya kena jaga kandungan saya dan juga nutrisi pemakanan,”ujar Liana.
Ujar pihak syarikat lagi, atas dasar kemanusiaan syarikat tidak memaksa Liana untuk terus bekerja, namun harus menanggung kerugian. Namun, Liana dikatakan telah membuka akaun persendirian yang baharu dan menerima banyak tawaran bekerja berbanding akaun yang diuruskan syarikat.
Disebabkan itu, pihak syarikat mengatakan TikToker itu telah melanggar kontrak syarikat seperti yang ditandatangani wanita itu sebelum ini. Tanpa berdiam diri, mereka telah membuat laporan polis mengenai insiden tersebut.
Tidak berdiam diri, wanita tersebut akhirnya bersuara dan berharap agar pihak tertentu supaya tidak ‘pusing cerita’ selain jujur dalam mengeluarkan kenyataan.
Liana juga mengatakan dia malas mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung situasi berkenaan sebaliknya akan menceritakan semuanya pada minggu hadapan.
Liana berkata, dia mempunyai sebab tersendiri untuk berdiam diri buat masa sekarang kerana mahu meluangkan masa bersama keluarga kerana tidak mahu menganggu hujung minggu mereka.
Apa-apa pun, diharapkan kedua-dua belah dapat berbaik semula dan konflik dapat dileraikan.
Sumber: Twitter @IniAlalalannn, Instagram @liafa62
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.