26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Malaysia Kenakan Semula Sekatan Perjalanan Sementara 8 Negara


Kerajaan menarik semula sekatan perjalanan sementara ke atas 8 negara berisiko tinggi susulan peningkatan jangkitan membabitkan varian Omicron.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, negara berkenaan adalah :-

1) Afrika Selatan

2) Botswana

3) Eswatini

4) Lesotho

5) Mozambique

6) Namibia

7) Zimbabwe

8) Malawi

amerika062 e1640405131818

Menurutnya, 8 negara ini akan dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi menjadikan jumlah negara yang berisiko tinggi kini adalah 18 negara.

“Semua negara berkenaan dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi dan berkuat kuasa serta merta.

“Keputusan itu bagi membendung kemasukan pengembara daripada negara berkenaan yang berisiko menyebabkan jangkitan varian Omicron,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

photo 2021 12 28 19 18 44

Katanya, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sudah menjalankan ujian PCR Genotyping Assay ke atas 366 sampel kes positif Covid-19 dalam kalangan pengembara dari 21 sehingga 25 Disember lalu.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 306 menunjukkan berkemungkinan varian Omicron dan kini menunggu keputusan ujian jujukan penuh.

“Walaupun ada kajian mengatakan varian Omicron menunjukkan gejala ringan namun KKM perlu mengawal penularan lebih awal kerana ia boleh menyebabkan jangkitan segera.

“Apabila ramai yang dijangkiti sudah pasti kapasiti kemasukan ke hospital juga akan meningkat,” katanya.

photo 2021 12 28 19 18 52

Sumber: Harian Metro 





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI