23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

“Man U Kena Sailang Lagi!” – Liverpool Sambar Bintang Belanda, Cody Gakpo

Biarpun pada awalnya Gakpo telah bersetuju secara prinsip untuk menyertai Manchester United, Kelab Gergasi Eropah itu gagal mencapai persetujuan bersama PSV Eindhoven.

Man U Kena Sailang Lagi Liverpool Sambar Bintang Belanda

Lebih mengejutkan, awal pagi tadi secara rasmi dimaklumkan bahawa Liverpool memenangi perlumbaan untuk mengikat bintang muda Belanda selepas PSV Eindhoven mengumumkan perjanjian bersama kelab Liga Perdana itu.

“PSV dan Liverpool FC mencapai persetujuan mengenai perpindahan Cody Gakpo,” kata PSV dalam satu kenyataan.

“Penyerang berusia 23 tahun itu akan berangkat ke England dalam masa terdekat di mana perlu menjalani ujian yang diperlukan sebelum urusan perpindahan selesai.”

Pengurus besar PSV, Marcel Brands berkata yuran perpindahan itu akan menjadi rekod tertinggi untuk kelab Belanda itu. Menurut laporan, bayaran itu boleh meningkat sehingga £44 juta (RM235.15 juta)

 

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI