31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

“Mati Bergelimpangan, Mulut Berbuih & Organ Keluar Darah” – 50 Ekor Lembu Ditemui Diracun Sebab Masuk Kebun Durian!

“Mati bergelimpangan, mulut berbuih dan organ keluar darah” — itu keadaan menyayat hati 50 ekor lembu yang ditemui tidak sedarkan diri di kawasan kebun durian di Machap Umboo, Alor Gajah, Melaka dipercayai akibat diracun.

Mati Bergelimpangan Mulut Berbuih Organ Keluar Darah 50

1678356016 292 Mati Bergelimpangan Mulut Berbuih Organ Keluar Darah 50

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Arshad Abu berkata, pada awalnya haiwan itu ditemui mati hanya dua ekor kira-kira jam 7.30 pagi, 7 Mac lalu — sebelum jumlahnya meningkat mencecah puluhan ekor.

Kejadian disedari oleh pekerja ternakan sebelum memaklumkan kepada pemiliknya dengan mengatakan terdapat lembu mati di tanah kebun berhampiran.

Pemilik lembu itu bersama adiknya kemudian ke tanah kebun terbabit dan mendapati terdapat hampir 50 ekor lembu miliknya mati di sekitar kawasan itu.

1678356016 915 Mati Bergelimpangan Mulut Berbuih Organ Keluar Darah 50

1678356017 129 Mati Bergelimpangan Mulut Berbuih Organ Keluar Darah 50

Pemilik lembu terbabit berusia 42 tahun memaklumkan sehari sebelum kejadian iaitu kali terakhir dia melihat lembunya kira-kira jam 6.30 petang, kesemua haiwan itu berada dalam keadaan baik.

“Pemilik memaklumkan disebabkan cuaca hujan, lembu miliknya tidak dimasukkan ke dalam kandang dan dibiarkan berkeliaran mencari makanan di dalam ladang kelapa sawit.

“Hasil siasatan dijalankan mendapati lembu-lembu itu menceroboh kawasan tanah kebun tanaman kebun durian selain terdapat kesan pagar roboh akibat dirempuh binatang,” katanya.

1678356017 948 Mati Bergelimpangan Mulut Berbuih Organ Keluar Darah 50

1678356017 86 Mati Bergelimpangan Mulut Berbuih Organ Keluar Darah 50

Siasatan dilakukan pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar dengan mengambil sampel mendapati kemungkinan lembu-lembu itu mati akibat keracunan.

“Diberitahu keadaan lembu itu mati dalam keadaan mulut berbuih, organ keluar darah serta keadaan dalaman abnormal.

“Akibat kejadian itu, pemiliknya dikatakan rugi kira-kira RM200,000 selain kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan,” katanya.

1678356018 259 Mati Bergelimpangan Mulut Berbuih Organ Keluar Darah 50

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Ngwe Hee Sem menerusi hantaran Facebook rasminya berkata, hasil lawatannya ke ladang ternakan berkenaan mendapati semua lembu yang diracun itu berada dalam keadaan mulit berbuih dan berdarah di bahagian punggung.

Sumber: Melaka Hari Ini

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI