Menjelang PRU-15 yang tak lama lagi, bahangnya semakin dirasai. Satu stesen televisyen mencetus kontroversi selepas penyampai berita Awesome TV, Berita 7:57 didakwa mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman dengan menggesa pengundi Melayu keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) bagi mengelak kuasa politik jatuh kepada tangan bukan Melayu.
Sejak bila stesen TV @awesometv_my dah bersifat perkauman?
Astro Awani pun meliputi kajian itu tapi tak ada sampai kata ‘Cina akan menguasai’ apa-apa benda. https://t.co/ARbDboF3qd
Saya memohon stesen TV itu meliputi berita dengan lebih tepat. pic.twitter.com/XiNtLO1lzZ
— 🐰DANIEL 丹尼爾 🇲🇾 (@DanielDTTW7) November 6, 2022
Kenyataan tersebut bersandarkan data daripada Pusat Institut Dasar Huayan untuk Kajian Masyarakat Cina di Malaysia yang mengatakan 80 peratus pengundi Cina dijangka membuang undi mereka, manakala sekitar 10 peratus tidak berhasrat untuk mengundi pada 19 November.
“Semua pengundi Melayu mesti keluar mengundi untuk menunaikan kewajipan sivik mereka jika mereka tidak mahu kuasa politik dikuasai oleh kaum lain… jika Pakatan Harapan (PH) menang,” kata seorang penyampai berita dalam buletin itu.
Penyampai berita itu berkata, jika orang Melayu tidak mengundi, ahli politik yang tidak sepatutnya memegang kuasa akan berkuasa dan meminggirkan hak Melayu.
Netizen tidak menerima baik kenyataan tersebut. Kebanyakan mereka berpendapat ia merupakan satu provokasi dan mampu memecah belahkan rakyat Malaysia dan lebih parah, boleh merosakkan harmoni antara kaum.
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.