Shell memberi penghormatan buat stesen minyak tertuanya di Pulau Pinang dengan memperkenalkan wajah baharu Shell Penang Road.
Stesen ini dibina pada era 20an dan telah pun beroperasi sejak bergenerasi untuk kegunaan penduduk Pulau Pinang dan masyarakat sekitarnya.
Menariknya, Shell Penang Road ini pernah terselamat dari Perang Dunia II semasa penjajahan Jepun, menyaksikan Kemerdekaan Malaya dan pembentukan Malaysia pada 1963.
Dengan azam untuk mengekalkan warisan, pemulihan stesen minyak ini bertujuan untuk memelihara sejarah dan kemajuan Pulau Pinang, dalam masa sama merakam momen masa silam.
Shell Penang Road terletak di Zon Warisan Pulau Pinang.
Mencerminkan kepentingannya sebagai mercu tanda baharu, Shell dan Penang Global Tourism bersetuju mengangkat Shell Penang Road sebagai satu tarikan pelancongan di Pulau Mutiara.
“Shell Penang Road telah menjadi sebahagian daripada sejarah dan warisan Pulau Pinang yang berwarna-warni selama 100 tahun. Saya gembira Shell terus mengekalkan stesen warisan ini.
“Saya berharap penambahan Shell Penang Road ke dalam Zon Warisan Pulau Pinang akan menggalakkan rakyat Malaysia melawat Pulau Pinang.
“Seterusnya menyokong pelancongan domestik dan perniagaan tempatan,” ucap Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Yeoh Soon Hin.
Sementara Shell berusaha untuk memelihara seni bina kolonialnya, stesen minyak ikonik ini turut menerima sentuhan moden dengan reka dalaman yang ringkas. Sama seperti stesen-stesen minyak yang lain, Shell Penang Road turut dilengkapi dengan kedai serbaneka, hentian rehat, surau dan tandas awam.
“Sangat penting untuk mengingati akar umbi kita dan berpegang teguh pada nilai teras kami. Shell Penang Road berdiri sebagai bukti sejarah Pulau Pinang dan penubuhan Shell di Malaysia.
“Ia mencerminkan sejauh mana kita telah bersatu,” ujar Pengurus Besar Mobility Shell Malaysia dan Singapura, Seow Lee Ming.
Stesen minyak berusia hampir 100 tahun ini baru sahaja disenaraikan di bawah direktori Warisan Pulau Pinang.
Sempena pelancaran ini, Shell turut melancarkan Shell Heritage Jute Bag, beg eksklusif yang hanya boleh didapati di Shell Penang Road. Beg ini boleh ditebus dengan 12,000 mata BonusLink.
Shell Penang Road dibuka setiap hari untuk kunjungan tetamu dan pelanggan dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam. – Cendolpulut, 27 Januari 2022
Shell Heritage Jute Bag.
Gambar: Shell Malaysia
Sumber: www.getaran.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri