26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 8, 2023
spot_img

“Memang Nyaman!” – Jom Layan Camping Di Dangau Jungle Herb Sauna, KL, Campsite Tengah Kota Tapi Dekat Dengan Alam.

Bagi yang suka camping tapi tak ada masa untuk ke campsite yang agak jauh daripada Kuala Lumpur, bolehlah cuba untuk pacak khemah korang di Dangau Jungle Herb Sauna yang terletak di Taman Melawati, Kuala Lumpur ini.

Terletak berdekatan dengan empangan, air sungai kat sini memang sejuk dan nyaman. Campsite ini juga mempunyai fasiliti yang lengkap dan baik. Menurut Aniz Lan, tapak campsite ini paling best yang pernah dilawatinya. Suasana yang cukup selesa dengan kawasan yang redup dan berdekatan dengan sungai membuatkan kawasan ini menjadi pilihan untuk dia dan rakan-rakan berkhemah baru-baru ini.

Mempunyai fasiliti yang lengkap dengan keadaan persekitaran yang bersih, ini antara campsite yang korang boleh terjah kalau mahukan lokasi yang berdekatan dengan Kuala Lumpur!

Jom ikuti perkongsian Aniz Lan camping di sini selama tiga hari dua malam.

d 3 d 4 d 5

Camping 5.0
Location : Dangau Jungle Herb Sauna, Taman Melawati, KL
Date : 5-7 August 2022

Antara campsite paling best, tapak paling best 17,18,20, tak panas, redup dan paling dekat dengan sungai. Actually air sungai mengalir dari empangan, siren akan berbunyi jika air dilepaskan. Air tidak terlalu sejuk.

Please standby bygon spray sebab banyak semut hitam, and ubat nyamok, nyamok pesta ranchakkkk sana sini tak kira waktu. Selain itu, ada kawan yang rancak pawww makanan campers seronok gaduh dengan Cik Nyet, kita marah dia, dia sergah kita balik, amboi ! Tapi okay je, kalau semua benda tenang, tak adventure lah camping kita.

Toilet yang sangat sangat bersih, wangi yakmat ! Air kolah sangat bersih, mandi di air kolah memang puas, teringat nostalgia di kampung. But please.. dear campers, tolong ikut rules, CO dah tempek besar-besar sila tanggalkan slipper di luar toilet, masih ada pengguna yang buta huruf tidak mampu menjaga kebersihan memakai slipper sendiri masuk ke dalam toilet. CO juga sediakan slipper untuk kegunaan jamban.

Sepanjang di Campsite, tak mustahil korang akan berjumpa dengan Cik Meow Hitam, kerna dia akan buat spotcheck sekitar khemah.

d 6 d 7 d 8 d 9

Location campsite di google map and waze tak accurate, CO akan share actual location sehingga sampai ke parking.

Dari parking, merentasi titi hingga sampai ke campsite sejauh 80 meter sahaja, no worries, 2 kereta sorong disediakan oleh CO. So, kita boleh pinjam.

Kawasan campsite berdekatan dengan Bukit Tabur, so boleh hiking and jalan-jalan kawasan empangan.

Rate : RM70/khemah/night
Charge per pax , parking charge, duit sampah : NIL (all included)
Toilet : 5/5
Facilities / services / CO : 5/5
Stream : 5/5
Plug point : Hanya ada di kawasan sauna, jika nak guna sila bawa extension sendiri. Tidak boleh tarik ke khemah.

Telco : All available
Sauna Herba : RM51/pax (early booking)
Jalan nak ke campsite sesuai untuk semua jenis kenderaan.

d 11 d 12 d 13 d 14
Video ketika camping : https://vt.tiktok.com/ZSRMv7fmM/?k=1
Very recommended. Sebarang booking boleh whatsapp CO yang sangat peramah, pantang selisih bahu pasti akan tanya keadaan kami. Tiada deposite yang diperlukan.
d 10 d 1
Kredit: Aniz Lan

Sumber: www.libur.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI