25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Member pandang banyak kali,” – Gelagat Kanak-Kanak ‘tersalah’ Bapa Tarik Perhatian Ramai

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak sememangnya mempunyai perangai mereka yang tersendiri dan pastinya banyak tenaga perlu digunakan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil di rumah untuk melayan karenah mereka yang pelbagai ragam.

Namun, telatah kanak-kanak ini tentunya sangat mencuit hati memandangkan mereka masih lagi n4if dan sangat jujur ketika berkata-kata. Ia tidak kurang juga dapat menghiburkan orang sekeliling yang melihat telatahnya itu.

Capture1 35

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @kakajawarungaja, kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang didukung oleh seorang lelaki tidak dikenali yang disangkakan bapanya. Selama beberapa saat, dia enggan berjauhan dengan lelaki berkenaan sementara ibu bapanya sudah tergelak besar.

Rupa-rupanya lelaki tersebut bukanlah bapanya, namun wajah lelaki tersebut sangat mirip dengan bapa kanak-kanak tersebut.

Tambahan pula, kebetulan hari itu mereka berdua turut memakai baju lengan berwarna gelap. Maka, tidak hairanlah kanak-kanak tersebut mula keliru sebelum menyedari mana satu bapanya yang sebenar.

Video:

@kakajawarungaja

♬ original sound – Nur Haza Mazlin Razali🇲🇾 – Nur Haza Mazlin Razali🇲🇾

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 595.1k tontonan, 13.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata teruja dengan gelagat kanak-kanak tersebut.

Komen netizen:

Capture 60

Capture1 34

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Kredit: tiktok kakajawarungaja

Sumber: www.keramatviral.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI