31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Menara MAHA – “Eiffel Tower” Versi Langkawi

Bila sebut tentang Pulau Langkawi pasti ramai yang rasa teruja dengan pulau peranginan popular itu yang sentiasa mempunyai tarikan terbaharu untuk menarik kunjungan pelancong dalam dan luar negara.

Terbaharu, Langkawi memiliki satu lagi mercu tanda atau ikonik tarikan pelancongan iaitu ‘MENARA MAHA’ atau lebih dikenali sebagai MAHA TOWER LANGKAWI.

Menariknya reka bentuk Menara MAHA seakan-akan Menara Eiffel di Paris! Hehehe….

Menara MAHA Eiffel Tower Versi Langkawi

1668487903 755 Menara MAHA Eiffel Tower Versi Langkawi

Menara MAHA yang terletak di Persiaran Putra, Kuah, Langkawi telah mula beroperasi sejak beberapa bulan lalu (pertengahan 2022).

Pembinaan menara setinggi 138 meter di kawasan pinggir laut itu adalah satu projek ikonik Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi menarik lebih ramai pelancong mengunjungi pulau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata menara berasaskan konsep reka bentuk seni Islam itu dibina pada November 2014 dan siap Disember tahun lalu.

1668487903 93 Menara MAHA Eiffel Tower Versi Langkawi

1668487904 244 Menara MAHA Eiffel Tower Versi Langkawi

1668487904 783 Menara MAHA Eiffel Tower Versi Langkawi

Menurutnya, pembinaan menara di kawasan seluas 18,494 meter persegi itu yang dikenali Dataran MAHA menelan belanja kira-kira RM140 juta.

Antara tarikan yang disediakan di Menara MAHA adalah dek tinjauan dengan pemandangan 360 darjah bandar Kuah dengan nyalaan lampu berwarna-warni di menara pada waktu malam.

1668487904 339 Menara MAHA Eiffel Tower Versi Langkawi

1668487905 911 Menara MAHA Eiffel Tower Versi Langkawi

Terdapat sebuah dataran berhampiran dengan keluasan kira-kira 46,451 meter persegi yang membolehkan pelbagai aktiviti atau program peringkat kebangsaan dan antarabangsa dapat dilaksanakan.

Menara tersebut juga mempunyai restoran yang boleh menempatkan 250 orang pada satu-satu masa di samping beberapa kemudahan lain.

Antara kemudahan yang disediakan ialah dewan majlis, dewan serbaguna, bilik persidangan, ruang pejabat, ruang perniagaan, surau, kaunter pertanyaan, muzium dan ruangan bazar.

1668487905 550 Menara MAHA Eiffel Tower Versi Langkawi

1668487905 31 Menara MAHA Eiffel Tower Versi Langkawi

Menara itu juga salah satu daripada lima komponen Langkawi City iaitu Dataran MAHA, bangunan komersial, kediaman dan hotel, ruang perniagaan serta marina.

“Lima komponen tersebut dibina dalam empat fasa berperingkat iaitu fasa pertama adalah Menara MAHA dan Dataran MAHA, fasa kedua adalah bangunan komersial, fasa ketiga adalah kediaman dan fasa keempat melibatkan pembinaan hotel, villa persendirian, ruang perniagaan serta marina,” ujarnya.

1668487905 883 Menara MAHA Eiffel Tower Versi Langkawi1668487906 120 Menara MAHA Eiffel Tower Versi Langkawi

Bagi sebarang maklumat lanjut dan harga pembelian tiket untuk ke Sky Lounge dan Sky Deck Menara MAHA ini anda boleh lawati laman web mereka iaitu www.mahatower.com.my.

Kredit: Langkawi Kini

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI