24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Menarik! Elfira Loy Kongsi Sebab Memilih Hong Kong Sebagai Destinasi Pelancongannya

Semua sedia maklum Elfira sentiasa membuat keputusan yang mengutamakan keluarganya; daripada rutin harian seperti berkongsi detik-detik yang berharga, memilih pilihan makanan yang sihat dan aktiviti riadah seperti memilih destinasi pelancongan yang mesra keluarga serta Muslim.

Merupakan Seorang Hong Kong Super Fans
Menarik Elfira Loy Kongsi Sebab Memilih Hong Kong Sebagai Destinasivia Discover Hong Kong

Elfira juga seorang Hong Kong Super Fans, iaitu sebuah komuniti yang dimulakan oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong (Hong Kong Tourism Board, HKTB).

Pengaruh media sosial (KOLs) yang berminat terhadap Hong Kong akan direkrut untuk berkongsi pengalaman mereka di bandar itu sebagai salah satu rancangan pasca Covid Lembaga Pelancongan Hong Kong.

Melancong Ke Hongkong Sebanyak Tiga Kali
1653699307 719 Menarik Elfira Loy Kongsi Sebab Memilih Hong Kong Sebagai Destinasivia Discover Hong Kong

Elfira telah melancong ke Hong Kong sebanyak tiga kali; pada tahun 2010, 2013 dan 2018. Baginya, dia berasa selesa sebagai seorang pelancong Muslim di Hong Kong.

Beliau menyatakan Hong Kong merupakan salah satu destinasi yang paling mudah untuk mengunjung, terutamanya dengan pelbagai kemudahan untuk pelancong Muslim.

IKLAN

Hong Kong Merupakan Lokasi Terbaik
1653699308 138 Menarik Elfira Loy Kongsi Sebab Memilih Hong Kong Sebagai Destinasivia Discover Hong Kong

Sebagai seorang isteri dan ibu, Elfira setiasa teliti untuk keperluan keluarga kecilnya, seperti jadual perjalanan yang perlu diatur mengikut waktu solat, jadual makan dan juga aktiviti mengikut minat setiap ahli keluarga.

Baginya, Hong Kong adalah salah satu tempat yang terbaik untuk pelancong Muslim. Dengan makanan halal yang mudah didapati, masjid yang mengagumkan untuk beribadah, dan kemudahan surau yang dilengkapi di taman tema, ia benar-benar memudahkan

Hong Kong Tumpukan Pelancongan Halal
1653699308 401 Menarik Elfira Loy Kongsi Sebab Memilih Hong Kong Sebagai Destinasivia Discover Hong Kong

Pelancongan Halal adalah salah satu tumpuan Lembaga Pelancongan Hong Kong dan pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mempromosikan Hong Kong sebagai destinasi pelancongan yang Mesra Muslim.

Bagi yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut, boleh layari www.discoverhongkong.com/seasia/explore/muslim-travel.html. 

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Sumber: murai.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI