Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan dua lelaki bernasib malang apabila terjatuh ke dalam laut ketika memancing ikan jerung.
Dua lelaki itu dirakam berada di atas sebuah pelampung hijau untuk menangkap ikan sementara disaksikan oleh beberapa rakan mereka.
Ketika bekerjasama menarik jerung memakan umpan, pelampung yang mereka naiki hilang keseimbangan lalu terbalik.
Kedua-dua lelaki itu kelihatan panik kerana jatuh berdekatan ikan jerung tersebut. Mereka berusaha menyelamatkan diri walaupun jerung itu terlepas daripada tangkapan.
Rakan-rakan yang berada di atas bot itu kemudian mentertawakan mereka.
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.