30 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 28, 2022
spot_img

Mengintai Dekorasi Restoran Tertinggi Di Dunia! 


Heavenly Jin Restaurant yang terletak di Shanghai Tower diumumkan oleh Guinness World Records sebagai ‘Restoran Tertinggi di dalam Bangunan’.

Berada di ketinggian 556.36 meter dari paras tanah, Heavenly Jin Restaurant memecah rekod penyandang terdahulu yang berada di ketinggian 441.30 meter dari paras tanah pada 2011.

Berlokasi di aras 120 di Shanghai Tower, restoran ini menawarkan pemandangan bandar metropolitan Shanghai, China.

Ia memadukan elemen masakan Cina dan Jepun bersama sentuhan Eropah untuk menu hidangannya, sedia untuk dinikmati semasa makan tengah hari, petang dan malam.

Foto 1 Heavenly Jin Restaurant

Wakil Guinness World Records, Maggi Luo mengesahkan pengiktirafan ini dengan menganugerahkan sijil dan plak rasmi Guinness World Records kepada Heavenly Jin Restaurant.

“Kami berbesar hati menyaksikan kejayaan Heavenly Jin Restaurant memecahkan rekod Guinness World Records dalam kategori ‘Restoran Tertinggi di dalam Bangunan’. 

“Ketinggian restoran ini juga merupakan bukti dedikasi pasukan pengurusan dan operasi Heavenly Jin Restaurant.

“Sejak dibuka, restoran ini telah dipuji oleh ramai pelanggan kami kerana pengalaman dan perkhidmatan berkualiti tinggi yang ditawarkan. 

“Kami mengalu-alukan tetamu dan rakan-rakan dari seluruh dunia untuk merasai pengalaman lebih tinggi di atas awan,” kata Jenny Zhang, Pengurus Besar J Hotel Shanghai Tower.

Foto 2 Heavenly Jin Restaurant

Saat masuk, tetamu bakal disambut dengan mural mewah sepanjang 30 meter yang bertatahkan jubin mozek Itali. Mural ini menggambarkan pemandangan laluan sutera purba.

Dinding dalaman restoran pula berkilat seperti lampu kristal yang diterangi sinaran matahari. 

Cef di Heavenly Jin Restaurant menggunakan dapur terbuka sebagai pentas penyediaan proses memasak mereka. 

Ia memberikan pengalaman visual menarik sambil pelanggan menikmati makanan mereka.

Paling menarik, tetamu boleh menikmati pemandangan malam Shanghai yang menakjubkan sambil menikmati sajian dan masakan global yang unik!

Foto 3 Heavenly Jin Restaurant

Heavenly Jin Restaurant bukan sahaja mendominasi ketinggian fizikal, malah terus meneruskan cita-cita tinggi jenama mereka.

Pasukan operasi dan pengurusan menyedari keupayaan mereka untuk mengendalikan sebuah restoran bertaraf antarabangsa di ketinggian tertinggi di dunia. 

Berbeza dengan restoran konvensional, penggunaan gas, pengangkutan, kesegaran makanan dan kerjasama antara cef dengan pasukan perkhidmatan, antara cabaran yang dihadapi restoran ini.

Sememangnya Heavenly Jin Restaurant menawarkan pengalaman dan inovasi dalam perkhidmatan makanan dan minuman yang berkualiti tinggi. – Cendolpulut, 24 Februari 2022

Foto 4 Heavenly Jin Restaurant

Gambar: Heavenly Jin Restaurant


Sumber: www.getaran.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI