29.7 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Menu Breakfast Paling Syok, Resepi Spicy Tuna Melt Ini Dapat Kenyangkan Anda Sampai Lunch. Cepat & Mudah!

Sarapan pagi amat penting untuk setiap orang, tidak boleh dibiarkan kerana bimbang jika seseorang mempunyai gastrik misalnya, semasa bekerja. Tenaga pada waktu pagi amat diperlukan untuk memulakan hari yang sihat. Tetapi, ramai yang tidak sempat bersarapan disebabkan rasa sukar atau tiada kesempatan dari segi masa untuk memasak di waktu pagi.

Jadi untuk kali ini, kami ingin kongsikan satu menu yang boleh dimasak untuk sarapan pagi. Bukan sahaja lazat tau, tapi memang mengenyangkan. Resepi video spicy Tuna Melt ini dikongsi oleh Amirah Rahim. Dia berkongsi menu breakfast paling syok untuk rujukan bersama.

Menu Breakfast Paling Syok, Resepi Spicy Tuna Melt Ini Dapat Kenyangkan Anda Sampai Lunch. Cepat & Mudah!Bahan BahanAyam Brand Chili Tuna 1 TinCili Merah (kecil)Bawang merah (dipotong dadu)Limau nipis (dipotong separuh)Roti GardeniaCheese @ Mozzarella Cheese

Menu Breakfast Paling Syok

Cara-caranya

1. Letakkan satu tin Ayam Brand Chili Tuna kedalam mangkuk

Menu Breakfast Paling Syok

2. Masukkan cili merah, bawang merah (dipotong dadu) dan air limau nipis yang diperah.

3. Gaulkan sehingga sebati

Menu Breakfast Paling Syok

Menu Breakfast Paling Syok

4. Sediakan sekeping roti di atas pinggan dan letakkan tuna yang telah digaulkan bahan bahan tadi.

5. Letakkan sekeping cheese @ mozzarella cheese di atas roti tersebut.

Menu Breakfast Paling Syok

Menu Breakfast Paling Syok

6. Letakkan di dalam air fryer dan bakar pada suhu 200’c selama 5 minit sahaja

Menu Breakfast Paling SyokMenu Breakfast Paling Syok

Dah siap, mudah kan? Masa anda pun akan jimat dan makanan sarapan ini juga jimat kos. Tak perlu bersusah payah untuk fikirkan menu apa untuk dimakan semasa sarapan. Hanya perlu letak di dalam bekas plastik anda dan terus bergerak ke tempat kerja. Nak makan sebelum bergerak ke tempat kerja pon boleh, di pejabat pon boleh. Dekat mana mana pon boleh lah nak makan.

@amirahrahim97Spicy Tuna Melt..makan breakfast ni mmng syok..yg penting kne rajin je😜 #resepi #tuna #spicytunamelt #MyFoodie #foodie #breakfast #racuntiktok #malaysia #fypgakni #mamamantu♬ I Love Mama Mantu – Bulan Sutena

Jadi tunggu apa lagi, boleh lah anda mencuba menu breakfast paling syok ini. Diharap melalui perkongsian resepi sarapan pagi ini, dapat memudahkan hari anda.

Kredit: Amirah Rahim

Baca Juga: Cara Buat Popia Otak-Otak Tuna Untuk Minum Petang, Guna Ikan Dalam Tin Pun Tetap Sedap

Sumber: dailymakan.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI