24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

‘Menyesal Jadi Ibu…’- Rupanya Anda Sedang Mengalami ‘Parental Burnout’ & Ini Cara Mengatasinya


Ibu bapa di luar sana pernah tak sedetik waktu anda merasa penat dan berasa sukar ketika membesarkan anak-anak? Sedarkah anda itu merupakan apa yang dikenali sebagai ‘parental burnout’.

Petikan Harian Metro pada 2021 pernah menyatakan, Pakar psikiatri, Dr Rozanizam Zakaria berkata, ‘burnout’ dalam terma psikologi merujuk kepada keadaan kelelahan fizikal, mental dan emosi yang berlaku kepada individu akibat pendedahan kepada tekanan yang berpanjangan.

Baru-baru ini juga, beliau telah berkongsi sekali lagi penerangannya mengenai isu ‘parental burnout’ di laman Facebooknya. Mari baca untuk memahami dengan lebih jelas.

Baca juga: Jangkitan HFMD Melepasi Paras Amaran Di Selangor, Anak Dijangkiti Jangan Bawa Keluar

‘MENYESAL JADI IBU..’- RUPANYA ANDA SEDANG MENGALAMI ‘PARENTAL BURNOUT’ & INI CARA MENGATASINYA

Menyesal Jadi Ibu… Rupanya Anda Sedang Mengalami ‘Parental Burnout amp

Gambar hiasan: Orami

IBU YANG MENYESAL JADI IBU?

Semalam viral rakaman perbualan antara seorang ibu dan DJ radio yang mengadu tekanan yang dihadapi akibat bebanan menjaga anak yang masih kecil dalam keadaan suami tinggal berasingan.

Macam-macam reaksi netizen pasal isu ini. Terutama yang tidak puas hati dengan respon dari mereka yang mendengar luahan tersebut.

Pagi ini saya dihubungi oleh radio tersebut untuk berkongsi topik burnout. Jadi kita gunakan kesempatan ini untuk belajar isu parental burnout, supaya kita boleh memahami apa yang sebenarnya dialami oleh ibu-ibu sebegini dan apa yang kita boleh buat untuk bantu.

APAKAH TANDA BURNOUT?

Menyesal Jadi Ibu… Rupanya Anda Sedang Mengalami ‘Parental Burnout amp

Gambar hiasan: CPDOnlineCollege

  • Hilang/berkurang rasa kasih sayang pada anak.
  • Mula datang fikiran yang kita bukan ibu/ayah yang baik.
  • Selalu bad mood/mudah marah.
  • Selalu kelesuan/penat.
  • Kesihatan merosot.
  • Rasa sunyi/sendirian.

SIAPAKAH YANG BERISIKO?

  • Mereka yang kurang sokongan.
  • Mengalami masalah kewangan.
  • Ibu/ayah yang masih muda.
  • Anak yang masih kecil.
  • Anak ada masalah kesihatan/perkembangan.
  • Pernah ada sejarah masalah kesihatan mental.
  • Perfectionist.
  • Sukar berkongsi/minta sokongan

BAGAIMANA NAK ATASI BURNOUT?

1653283242 567 ‘Menyesal Jadi Ibu… Rupanya Anda Sedang Mengalami ‘Parental Burnout amp

Gambar hiasan: SayangiAnak

1. Dapatkan bantuan, jangan takut untuk menyuarakan masalah anda kepada orang sekeliling.

2. Sediakan ruang untuk penjagaan diri sendiri seperti tidur yang mencukupi, makanan teratur, masa untuk riadah (mengikut kemampuan anda).

3. Amalkan Teknik relaksasi secara berkala.

4. Tetapkan had berdasarkan kemampuan anda seara realistik. Contohnya, jujur untuk menolak tugasan yang dirasakan tidak mampu, tak apa jika ada kalanya rumah bersepah.

5. Perbaiki perspektif terhadap masalah, contohnya melihat hikmah dan kebaikan yang datang dari sesuatu ujian.

6. Belajar mengendalikan stress.

7. Menyusun tugasan mengikut prioriti.

8. Bersifat realistik dan praktikal dalam sesuatu tugas – jangan terlalu mengejar kesempurnaan, terlalu mengambil perhatian kepada kritikan.

9. Orang sekeliling juga main peranan dengan berkongsi bebanan secara bersama.

10. Bina kekuatan spiritual untuk membina ketahanan diri.

BAGAIMANA KITA BOLEH MEMBANTU?

1653283243 301 ‘Menyesal Jadi Ibu… Rupanya Anda Sedang Mengalami ‘Parental Burnout amp

Gambar hiasan: CNN

1. LOOK

Perhatikan mereka yang bersiko disekeliling kita, ambil tahu.

2. LISTEN

Mendengar dengan empati.

3. LINK

Hubungkan mereka dengan bantuan sama ada praktikal sokongan emosi.

Sumber: Facebook Dr. Rozanizam Zakaria / Harian Metro







Sumber: siraplimau.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI