25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Meski dibelenggu masalah, ramai puji Syamsul tetap sporting layan peminat

Umum sedia maklum dengan isu rumah tangga yang sedang berlaku membabitkan pengarah terkenal, Syamsul Yusof bersama pelakon, Puteri Sarah sehingga menjadi tumpuan utama di media sosial pada ketika ini.

Bahkan, menurut penerbit eksekutif Razor Edge Pictures, Datuk Saniboey Mohd. Ismail memaklumkan fikiran Syamsul kelihatan agak terganggu ketika di set penggambaran susulan dengan krisis rumah tangga yang dihadapinya pada ketika ini.

Pun begitu, meskipun pengarah yang berusia 38 tahun itu dibelenggu masalah rumah tangga, namun dia telah dipuji ramai kerana masih komited dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penggiat seni malah, sangat sporting dalam melayani karenah peminat.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, dia telah berjumpa dengan Syamsul Yusof dan tidak melepaskan peluang untuk menegur sapa pengarah itu.

@maznieymazlan

#CapCut Masalah mereka, biar dyeowg settlekan.. kte kat sini doa yg baik2 je utk mereka😁✌️ @syamsulyusoffilm @Puteri Sarah liyana @irakazarofficial

♬ bunyi asal – maznieymazlan93 – maznieymazlan93

Bukan itu sahaja, pemilik video yang dikenali sebagai Mazni turut mendedahkan dia tidak bimbang dikecam oleh orang ramai disebabkan bergambar dengan Syamsul memandangkan dirinya kini menjadi tumpuan ramai di media sosial.

Jelas Mazni, kita sebagai netizen sepatutnya mendoakan agar urusan Syamsul dan isterinya dipermudahkan dan mendoakan perkara yang baik-baik sahaja.

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib dan dugaan yang dihadapi oleh Syamsul pada ketika ini kerana jelas di raut wajahnya kelihatan sedih namun tetap meneruskan kerjayanya sebagai seorang pengarah.

Screenshot 2023 01 22 at 7.21.05 PM

Screenshot 2023 01 22 at 7.17.56 PMScreenshot 2023 01 22 at 7.18.00 PMScreenshot 2023 01 22 at 7.18.05 PMScreenshot 2023 01 22 at 7.18.09 PMScreenshot 2023 01 22 at 7.18.16 PM

Sementara itu, ramai kagum serta memuji dengan semangat yang dimiiki oleh Syamsul dan tidak melepaskan peluang mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

Screenshot 2023 01 22 at 7.20.17 PM

Screenshot 2023 01 22 at 7.18.35 PMScreenshot 2023 01 22 at 7.18.23 PMScreenshot 2023 01 22 at 7.18.47 PMScreenshot 2023 01 22 at 7.18.57 PM

Sumber: TikTok @maznieymazlan

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI