27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Miliki wajah seiras Cik B, lelaki ini curi perhatian netizen termasuk DSV

Kini, filter face morphing sedang tular dan menjadi trend di aplikasi TikTok di mana masing-masing mencuba nasib ‘blend’  wajah asli mereka dengan  seseorang seperti artis kesukaan mereka.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah wajah seorang lelaki dikenali Muhd Sayuti yang menggunakan filter berkenaan dan dikatakan hampir menyerupai anak kepada usahawan sensasi, Dato’ Seri Vida (DSV) iaitu Cik B.

Menerusi hantaran tersebut, gambar lelaki berkenaan berada pada bahagian atas dan diikuti dengan Cik B di bawah sebelum disatukan menjadi orang yang sama.

“Samalah kot eh? Ke tak? Hmm,”tulis Sayuti sambil memetik akaun DSV.

@thelikeyuti

Sama lah kot ehhh? Ke tak? Hmm @QU PUTEH BARULAH PUTEH

♬ Santai – Faizal Tahir

Hasil daripada penyatuan lelaki berkenaan dengan Cik B ternyata tidak mengecewakan di mana ramai mengatakan mereka memiliki wajah seiras sehingga sukar dibandingkan.

Screenshot 2023 02 21 at 9.57.07 AM

Screenshot 2023 02 21 at 9.57.15 AM Screenshot 2023 02 21 at 9.57.20 AM

Selain itu, kebanyakan warganet mengatakan jodoh antara lelaki berkenaan dengan Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin adalah kuat memandangkan mereka memiliki wajah seiras. Maklumlah,orang dulu selalu kata kalau wajah kita dan pasangan hampir seiras maksudnya jodoh kuat,

Screenshot 2023 02 21 at 9.57.29 AM Screenshot 2023 02 21 at 9.57.38 AM Screenshot 2023 02 21 at 9.57.43 AM Screenshot 2023 02 21 at 9.57.50 AM Screenshot 2023 02 21 at 9.57.55 AM Screenshot 2023 02 21 at 9.58.00 AM

Malah, hantaran tersebut mendapat perhatian usahawan berusia 51 tahun dan meninggalkan komen.

“Alamak, mana satu Yuti,”tanya DSV berserta emoji ketawa.

Screenshot 2023 02 21 at 10.04.21 AM

Sehingga kini, video berkenaan meraih lebih 19 ribu tanda suka, 585 komen dan hampir 400 ribu tontonan di aplikasi TikTok.

Sumber: TikTok @thelikesayuti

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI