26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Minimalkan Beg Bila Travel, Wanita Ini Kongsi Cara Nak Packing Barang Cara Mak Anak Ramai. Baru Tak Pening!


Bila nak travel tambah pula anak ramai, perkara paling memeningkan adalah waktu nak packing baju masuk dalam beg. Bila dah travel dengan anak ramai, bukan sahaja pakaian yang perlu dikemaskan, barangan lain seperti makanan dan juga kelengkapan lain juga perlu disiapkan.

Nak tahu macam mana nak minimalkan barang-barang bila perlu travel dengan anak ramai, ikuti perkongsian daripada Susun Atur Sioca ini:

Packing travel (holiday)

Tips packing ni bergantung juga beberapa faktor, contoh nak balik beraya lain packingnya, nak bercuti lain pula, nak masak ke tidak waktu travel, nak pergi berenang ke nak pergi pantai, nak duduk berapa hari, dan sebagainya, semua tu nak masuk fikiran.

Untuk packing, selain fikir untuk mudah pack, saya akan ambil kira juga susunan dalam kereta dan semasa transit. Saya akan bayangkan beg ni siapa bawa, beg ni siapa pula, beg ni bergabung dengan beg mana, barang ni senang capai tak dalam kereta, dan sebagainya.

Selain tu, membeli-belah semasa bercuti juga dihadkan supaya tak berlaku ‘pemberanakan’ beg yang keterlaluan.

Harap perkongsian kali ni dapat membantu ibu ayah di luar sana bab packing-memacking.

Ni tips ibu ayah 4 orang anak ya. Kalau lebih, tambah kok begnya.

GpY5PeSI 1Yang asasnya ada 3 beg ni:
– beg besar untuk baju
– beg kecil selain baju
– beg belang untuk toiletries

Selain 3 beg asas ni, ada:
– beg makanan/minuman
– beg swimming
– beg laptop

QRdW8PXh 2Untuk keluarga 6 ahli, rasanya cukup dah 1 beg besar untuk baju. Biasanya saya akan bawa 3 baju siang dan 2 baju malam untuk anak-anak. Nak rotate hantar je dobi atau basuh sendiri.

Beg kanan sekali tu ada tuala, telekung, sejadah, toto, dan selimut tambahan.

mSbq3obT 3Dalam beg belang ada:
– beg toiletries
– beg bersiap

Beg toiletries belakang tu dah 10 tahun. Beli di Cosway Rm13.

tZMcTIHs 4Botol sabun dan syampu beli di Mr Diy, ada lock supaya tak terkeluar isinya kalau tertekan.

8Q4b8OkF 5Bekas berus gigi pula beli di Shopee. Saiznya tak bulky dan muat 2 berus gigi dewasa.

2Bjrbbtg 6Selain tu, saya letakkan plastik kecil (warna merah tu) untuk buang diapers. Plastik kecil macam tu ada jual di Mr Diy, cari bahagian pet.

B26L3a4C 7Barang bersiap, semua beg ni beli di Mr Diy.

ZRre5efN 8 k8Xf14Pd 9 10 11Dalam beg ‘others’ ada barang-barang ni.

12Bekas minyak rambut beli di Mr Diy. Barang lain dalam bekas asal sebab saiz travel already.

13Beg makanan (merah) dan minuman (biru).

Guna beg sandang berbanding bakul supaya lebih mudah transit. Beli di Shopee.

14Barang dalam beg makanan. Kadang penuh juga dengan keropok, ayam goreng, bihun goreng, dll. Kalau travel jauh mudah siap-siapkan makanan camni, lapar terus berhenti makan.

Barang-barang lepas ni semua saya letak dalam beg biru merah ni ya.

15beg beras

Kalau nak masak, saya bawa beras je. Lauk biasanya beli atau bawa sambal kering. Pun laju berdesup dah tu.

Untuk storan beras, siap-siap packing untuk sekali masak. Guna ziplock.

16 17periuk nasi travel

Masak guna konsep kukus. Sekali masak satu pot maksimum

18sudu siap bekas beli di Mr Diy

19 20 Alas makan

Guna alas ni senang kemas, konsep macam saprah

21Suplemen wajib (kihkih sori bukan first aid eh )

22 23Beg membasuh

24 25Penyapu mini

Kadang hotel tak ada penyapu kan, asyik panggil room service nanti ngamuk lak depa.

Sikit lagi kakak bawa mop

Letak dalam ziplock supaya habuk tak sepah.

26 Plastik sampah

27Beg swimming.

Dalam beg swimming ada barang-barang ni.

28

29

Ada 4 beg ni untuk anak-anak. Sorang satu beg dan setiap beg ada:

– 1 tuala mini
– 1 baju swimming
– 2 hanger

30 31Folded hanger ni beli di Shopee juga.

32Kalau perlu membasuh, saya akan bawa sabun, berus, dan tali penggantung ni untuk menyidai. Kalau pergi umrah, boleh cuba tips ni sebab kos dobi di sana agak mahal.

33Keadaan susunan beg di hotel.

34Luggage di lantai.

35Susunan dalam kereta.
Beg makanan/minuman di depan.
Beg swimming dalam bonet.

Habis minimum dah packing ni. Kalau kena camping, kakak pingsan

Kredit: Susun Atur Sioca

 

 

 



Sumber: www.libur.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI