Menteri Pengankutan Anthony Loke Siew Fook telah mengarahkan syarikat penerbangan Malindo Air agar memohon maaf kepada penumpang yang terkesan akibat penangguhan perjalanan yang berlaku baru-baru ini.
@opmchimmy Flight delayed 8 hours , supposedly to catch on flight at 2335 hrs @22/12/2022 , but delayed until 0740hrs @ 23/12/2022 without any announcement given to all the passengers:( #malindoair #batikair ♬ original sound – Chimmy
Dalam ciapan balas yang dimuat naik di laman Twitter, Anthony Loke berkata bahawa beliau telah berhubung dengan syarikat penerbangan Malindo Air dan meminta mereka menghubungai semua pelanggan yang terkesan.
Salam Saudara Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @malindoair ..mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab.
— Loke Siew Fook (@anthonyloke) December 26, 2022
“Salam Saudara Firdaus, saya dah hubungi pengurusan @malindoair ..mereka akan hubungi semua penumpang yang terjejas untuk memohon maaf dan mengambil tanggungjawab,” katanya dalam ciapan tersebut.
Sumber: rileklah.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.