25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Muat Naik IG Story Gambar Cedera Di Muka, Isteri Hafiz Roshdi Dikasari?

Belum reda dengan isu penceraian akibat masalah rumah tangga yang diganggu oleh orang ketiga — kini isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri mencetuskan satu lagi tanda tanya apabila memuat naik hantaran dipercayai berkaitan kecederaan dialaminya ketika ini.

Menerusi tiga hantaran dimuat naik dalam Instagram (IG) Story — Nurul Shuhada memaklumkan, dia kini sedang menerima rawatan di hospital.

Dalam hantaran lain, Nurul Shuhada meluahkan perasaan marah terhadap wanita yang dipercayai menjalinkan hubungan sulit dengan bekas suaminya, Hafidz iaitu Athira Yuhada.

Muat Naik IG Story Gambar Cedera Di Muka Isteri Hafiz

“Dengar sini, semua. Yeappp, penyondol sentiasa penyondol. Maaf dekat Humairah dan Umar?

“Tidak, penyondol akan sentiasa jadi penyondol. Kali ini, saya sendiri akan cakap, bukan dari orang lain memandangkan saya sudah bercerai.

“Mari kita lihat kehidupan penyondol selepas ini,” tulisnya.

Berikutan itu, Nurul Shuhada momohon maaf tidak boleh menjawab sebarang panggilan telefon, buat masa ini.

1677759542 256 Muat Naik IG Story Gambar Cedera Di Muka Isteri Hafiz

“Kepada rakan media, pelanggan dan sahabat yang sedang menghubungi Shu.

“Shu minta maaf sangat sebab tak dapat beri kerjasama dan tanggungjawab, buat masa ini. Sebab Shu sedang terima rawatan di hospital,” tulisnya.

Bagaimanapun, Nurul Shuhada tidak memaklumkan lebih lanjut mengenai kecederaan dialami.

“Shu akan beri kerjasama selepas selesai semua rawatan. Doakan Shu kuat,” tulisnya lagi.

1677759542 611 Muat Naik IG Story Gambar Cedera Di Muka Isteri Hafiz

Terdahulu, media melaporkan adik Nurul Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia mendedahkan Hafidz melafazkan cerai menerusi panggilan telefon terhadap kakaknya pada 22 Februari lalu.

Sebelum itu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan apabila Nurul Shuhada mendedahkan suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan Athira.

Athira mendedahkan pernah berhubung dengan Hafidz, namun berjanji tidak meneruskan hubungan selain memohon maaf kepada Nurul Shuhada dan anak-anaknya.

Hafidz mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6 dan Umar, 2.

Muat Naik IG Story Gambar Cedera Di Muka Isteri Hafiz

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI