25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Mukaab, Binaan Ala “Kaabah Baharu” Ikonik Riyadh Siap Menjelang 2030

Menjelang tahun 2030 — Riyadh bakal muncul sebagai “pusat bandar raya moden terbesar” di dunia!

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammad bin Salman pada Khamis lepas telah melancarkan Syarikat Pembangunan Murabba Baharu (NMDC) untuk membangunkan projek New Murabba dan lebih menarik apabila mercu tanda ikonik yang dinamakan “Mukaab” bakal menampilkan reka bentuk seakan binaan Kaabah moden.

mukab%202

Reka bentuk “Mukaab” dengan kemudahan pertama seumpamanya, bakal menjadi antara struktur binaan terbesar di dunia dengan ketinggian 400m, lebar 400m dan panjang 400m.

“Mukaab” akan memastikan penggunaan sepenuhnya setiap ruang untuk menampung teknologi inovatif terkini yang diperlukan.

Saudi Arabia 🇸🇦

Welcome to The Mukaab, a 400 metre-high, wide and long indoor super-city in the centre of Riyadh. Large enough to hold 20 Empire State Buildings and set to open by 2030.pic.twitter.com/cnQ3eqVM6R

— Abudi Alsagoff (@AbudiAlsagoff) February 19, 2023

Projek New Murabba ini dibina berdasarkan konsep kemampanan dengan menonjolkan kawasan hijau, laluan berjalan kaki dan berbasikal bertujuan meningkatkan kualiti hidup menerusi promosi gaya hidup sihat dan aktif serta aktiviti komuniti.

Projek itu turut meliputi muzium ikonik, universiti teknologi dan reka bentuk, teater tiga dimensi pelbagai guna dan lebih 80 tempat hiburan dan kebudayaan.

Menurut Agensi Berita Arab Saudi (SPA) projek berkenaan bakal dibangunkan di persimpangan jalan Raja Salman dan Raja Khalid ke barat laut Riyadh yang meliputi kawasan seluas 19 kilometer persegi.

mukab%203

Projek ini akan menawarkan lebih 25 juta meter persegi keluasan lantai merangkumi :-

– Lebih 104,000 unit kediaman

– 9,000 bilik hotel

– Lebih 980,000 meter persegi ruang runcit

– 1.4 juta meter persegi ruang pejabat

– 620,000 aset rekreasi

– 1.8 juta meter persegi ruang khusus untuk kemudahan komuniti

mukab

Pelancaran NMDC dijangka menambah SAR180 bilion kepada KDNK bukan minyak dan mewujudkan 334,000 pekerjaan langsung dan tidak langsung menjelang 2030.

Projek itu dijangka siap pada 2030.

mukab%204

 

Sumber: BERNAMA


Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI