28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Mulai 8 Jun, Korea Selatan Mansuh Peraturan Kuarantin


Kerajaan Korea Selatan akan menarik balik peraturan kuarantin tujuh hari bagi penumpang luar negara yang tidak mengambil vaksin COVID-19, mulai Rabu depan, kata Perdana Menteri Han Duck Soo pada Jumaat.

Namun, mereka masih perlu menjalani ujian PCR dalam tempoh tiga hari selepas tiba di Korea Selatan, kata Han, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Selain itu, sekatan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon akan dimansuh sepenuhnya mulai 8 Jun, dan kerajaan akan memastikan penerbangan dikendalikan selari dengan permintaan,” kata Han.

Menurut Kementerian Pengangkutan, langkah itu akan meningkatkan jumlah penerbangan ketibaan kembali kepada tahap sebelum pandemik.

Langkah itu diambil susulan permintaan terhadap penerbangan antarabangsa meningkat sejak kerajaan menghapuskan peraturan penjarakan sosial.

lo4317ho south korea covid19 reuters

Menurut Han, harga tiket penerbangan melambung disebabkan sekatan ke atas bilangan penerbangan antarabangsa dan perintah berkurung untuk ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.

Pada masa ini, tiada penerbangan ketibaan dibenarkan di lapangan terbang dari 8 malam hingga 5 pagi.

Kerajaan juga memutuskan untuk menarik balik had bilangan mingguan penerbangan antarabangsa mulai Rabu depan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Untuk permulaan, kementerian merancang menambah 100 hingga 300 lagi penerbangan setiap minggu secara berperingkat mulai Mei dan pertambahan sehingga 50 peratus daripada paras sebelum pandemik menjelang akhir tahun.





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI