25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

“Mulianya Hati Tokey Mydin Ni” – Mydin ‘Halalkan’ Kes Pecah Masuk Demi Kelangsungan Hidup


Susulan insiden pecah masuk ke premis gedung pasaraya besar, Mydin — Pengarah Urusan Mydin Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin menghalalkan mereka yang melakukan perkara tersebut demi kelangsungan hidup.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Ameer menjelaskan beliau tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat, mungkin mangsa banjir tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut.

51640058220 mydin

“Saya ingin memberi maklum balas mengenai insiden pecah masuk ke premis Mydin Mart yang hangat dibincangkan di media sosial, media tempatan dan sebagainya.

“Sejujurnya saya tidak menyokong perbuatan mencuri, namun dalam keadaan darurat mungkin mereka tiada pilihan dan terpaksa melakukan perbuatan tersebut demi kelangsungan hidup.

“Dengan seikhlas hati, saya menghalalkan mereka yang melakukan perbuatan tersebut dengan niat meneruskan kelangsungan hidup akibat bantuan yang tiba lambat dan bukan dengan niat yang sebaliknya,” jelasnya.

DSC09086

Beliau turut menyatakan simpati dengan insiden bencana banjir teruk yang melanda terutama ketika negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19.

Cawangan Mydin Mart, Sri Muda, Shah Alam turut musnah akibat banjir pada 18 Disember 2021 dan mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

Beliau turut memohon rakyat Malaysia untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT agar mangsa terselamat dan bencana banjir dan pandemik pulih seperti biasa.

61640059585 freesize

Terdahulu, tular di media sosial Mydin “dirompak” oleh mangsa banjir susulan kekurangan bekalan makanan dan sebagainya dan kekangan mendapatkan bantuan asas.

mydin 4Sumber: Astro Awani





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI