31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Musim Haji Ini, Jemaah Bakal Berdepan Cuaca Panas Cecah 50 Darjah Celcius


Tabung Haji (TH) menjangkakan jemaah haji bakal berdepan dengan suhu panas mencecah 50 darjah Celsius ketika menunaikan rukun Islam kelima itu, tahun ini.

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, bakal jemaah haji diingatkan agar berwaspada dengan cuaca panas melampau itu dan membuat persediaan awal sebelum ke Tanah Suci.

photo 2022 05 25 14 55 25

“Cuaca di Tanah Suci suhunya agak tinggi, sekarang pun suhu mencecah 50-51 darjah celsius.

“Itu bukan sampai puncak musim panas, jemaah haji akan terdedah kepada cuaca panas ini sama ada hendak ke masjid mahupun ke perkhemahan di muzdalifah.

“Ia boleh mengakibatkan strok haba akibat dehidrasi. Setelah dua tahun tak dapat jalani ibadah haji, jemaah kena buat terbaik, persiapkan diri dengan ilmu, mental dan fizikal,” katanya pada sidang media.

JEMAAH HAJI MALAYSIA

Sementara itu, sebanyak 48 penerbangan melibatkan Malaysia Airlines dan Saudi Arabia Airlines akan menerbangkan 14,306 bakal jemaah bagi musim haji tahun ini.

“TH akan hantar pasukan petugas ke Tanah Suci sebelum ketibaan jemaah haji pertama pada 4 Jun ini, bermula 28 Mei ini

“Kesemua 48 penerbangan bagi membawa jemaah haji ini sebenarnya telah dikurangkan sebanyak 45 peratus, seperti mana yang disyaratkan Kerajaan Arab Saudi bagi musim haji tahun ini,” katanya lagi. 

photo 2022 05 25 14 55 23

Sumber: Malaysia Gazette





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI