28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Nadia Brian bengang, imej seksi lebih ‘menonjol’ berbanding kerjaya

Pelakon Nadia Brian meluahkan rasa tidak puas hati apabila imej seksinya menjadi perhatian sehinggakan ia menjadi topik hangat yang sering dipertengahkan dalam sesebuah artikel hiburan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nadia di laman Instagramnya, dia meluahkan rasa terkilan kerana penampilannya sering menjadi bahan berita berbanding dengan kerja kerasnya untuk membina nama sebagai penggiat seni dalam dunia hiburan.

“Tak habis-habis nak letak ‘headline’ Nadia Brian seksi untuk orang baca artikel kau. Tak ada benda lain ke nak masuk berita? Susah payah aku berlakon, kerja sampai waktu tidur pun tak cukup, tak ada pula nak buat berita. Memalukan,” tulisnya.

Bagaimanapun, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi sempat menitipkan ucapan terima kasih buat para penyokongnya yang tidak pernah serik memberi sokongan kepadanya.

“Terima kasih kepada anda yang selama ini menyokong dan menjaga saya dengan baik. Doakan yang baik-baik untuk kita semua. Insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon itu memandangkan dia mempunyai bakat yang luar biasa dalam dunia hiburan.

Screenshot 2022 12 26 at 11.55.31 AMScreenshot 2022 12 26 at 11.55.41 AMScreenshot 2022 12 26 at 11.55.51 AM

Bukan itu sahaja, netizen turut menzahirkan kata-kata semangat buat Nadia supaya terus diberi kekuatan dalam mengharungi segala dugaan sebagai penggiat seni tanah air.

Screenshot 2022 12 26 at 11.55.16 AMScreenshot 2022 12 26 at 11.56.04 AMScreenshot 2022 12 26 at 11.56.22 AM

Sumber: Instagram @nadia.brian

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI