27.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Nafas Cube – Penginapan Unik Baharu Di Selangor Berkonsep Kontena


Kadangkala hanya memperuntukkan satu atau dua hari bercuti, sudah cukup untuk kita melepaskan tekanan dan melapangkan dada.

Masa senggang sangat penting untuk seseorang kembali produktif setelah menghabiskan masa yang begitu banyak dalam melangsaikan tugasan di pejabat.

Kepada anda yang ingin mencari kelainan, tetapi pada masa sama ingin melakukan aktiviti berkuda dan menjamu mata dengan pemandangan semula jadi — NAFAS CUBE yang terletak di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Seri Kembangan, Selangor adalah pilihan terbaik.

1609803

118185323 3425218117536141 753944477115569582 n

Sebaik menjejakkan kaki ke sana, anda pasti terkesima melihat perkampungan kontena dan pembetung yang didirikan di hadapan sebuah tasik dengan suasana tenang serta santai, sangat sesuai untuk anda merehatkan minda.

Dari segi luaran mungkin kelihatan seperti biasa-biasa saja — namun sebaik pintu kamar dibuka, siapa pun pasti terpukau melihat design dan dekorasi dalamannya yang saling tak tumpah bak sebuah kondo mewah. 

Di dalam kabin pengunjung disediakan tilam empuk dan berkualiti serta penyaman udara. ianya juga dilengkapi tandas yang bersih, selesa serta dilengkapi air panas dan sejuk.

71957293 138140690872937 6187857570594553856 n

68275852 114378363249170 4957271508108967936 n

Bukan sekadar bilik penginapan yang selesa — malah Nafas Cube turut menawarkan banyak aktiviti dan tempat menarik lain untuk dilawati :-

1) CAFE NENAS MONTEL – Santai petang sambil menikmati jus nenas MD2 asli serta ais krim nenas yang padu sambil menikmati karipap nenas yang rare.

118474638 3425217084202911 4498208125677318051 n

118015623 3425216644202955 1660138773018255239 n

2) G2G MINI PETTING ZOO – Luangkan masa bersama keluarga untuk melihat pelbagai jenis haiwan yang jinak dan menarik. Boleh bergambar bersama haiwan-haiwan yang pastinya memberikan memori terindah untuk anda sekeluarga.

3) HOUSE OF KAMBING – Nikmati jamuan yang eksklusif di House Of Kambing dengan hidangan utama yang semestinya berasaskan daging kambing segar serta pilihan makanan lain seperti ayam, ikan dan lain-lain. 

4) LAMAN SAYUR / HERBA – Jom lawati dan kenali pelbagai jenis tanaman herba secara lebih dekat serta rasai keunikan madu kelulut yang pastinya menjanjikan pengalaman baru buat anda. Lebih 150 spesies serangga, variasi tanaman, ramuan dapur, bunga-bungaan dan ulaman yang mempunyai nilai perubatan tinggi ada di sini.

Selain berkuda, pengunjung boleh membawa anak kecil berbasikal di sekeliling kawasan sejauh 20 kilometer. Jika mahu merasai suasana bendang sawah dan ladang nanas, pengunjung juga boleh berbuat demikian.

20190414 120730

Selepas penat ‘mengembara‘ — anda dan keluarga juga boleh singgah mengisi perut dengan menjamu selera di beberapa kafe yang terdapat di sekitar kawasan itu, antaranya G2G Teknocafe, Apollo Nasi Kandar, Restoran Ikan Sungai, Cafe Mardi dan Maeps Bistro.

Lokasi pelancongan unik yang diuruskan sepenuhnya oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan yang berkonsepkan agro pelancongan dengan menggabungkan 3 elemen utama dalam pembinaannya iaitu kontena, pembetung dan khemah memang sesuatu yang wajib dicuba.

49344216 2028694633914536 5255826616273076224 n

49431574 2028695233914476 3460651189874458624 n

NAFAS CUBE 

  • Alamat: MAEPS Seri Kembangan, Selangor
  • Pakej: Bermula harga RM80 hingga RM250
  • Facebook: Nafas Cube
  • Instagram: @nafascube
  • Whatsapp 011-6399 9562

 

 





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI