25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Nak pinjam jetski, Abang Viva rela gadai telefon demi nak bantu mangsa banjir

Keadaan banjir besar yang melumpuhkan beberapa kawasan di Terengganu sememangnya agak menggerunkan apabila paras air semakin naik.

Justeru itu, Abang Viva atau nama sebenarnya, Azwan Omar telahpun beberapa hari berkampung di lokasi-lokasi kritikal bersama isteri dan teamnya untuk membantu membawa keluar mangsa ke tempat yang selamat.

Walau bagaimanapun, menerusi siaran langsung yang dibuat di media sosial, pemuda berusia 30 tahun itu memaklumkan yang ada kawasan tidak dapat mereka masuk disebabkan arus terlalu kuat.

@mamanianadeera

@abangvivaofficial #banjir #terengganu #semogaAllahpermudahkan #doakanpantaitimur #ujian

♬ original sound – Ezzylla Diraf – Ezzylla Diraf

Ujarnya dalam video yang dikongsikan semula oleh @mamanianadeera, dia mengakui kenderaan termasuk bot miliknya tidak dapat memasuki sesetengah kawasan dan ada yang mencadangkan agar menggunakan jetski bagi membawa mangsa keluar ke tempat selamat.

Abang Viva meminta sesiapa yang mempunya jetski untuk memberinya pinjam buat sementara bagi memudahkan misi menyelamat dijalankan.

Dia juga dengan rela menggadaikan telefon bimbitnya kepada individu yang sudi memberinya pinjam jetski buat sementara waktu.

Menjengah ke ruangan Facebook isteri kepada Azwan iaitu Evanova, dia sempat berkongsi beberapa momen dan pengalaman sewaktu mengikut suaminya menjalani misi membantu mangsa banjir di Terengganu.

Beberapa video menunjukkan situasi banjir di Pantai Timur telah membuatnya berasa sebak lebih-lebih lagi apabila tidak dapat membantu mangsa yang masih terperangkap di kawasan yang berarus deras.

Setakat hari ini, banjir di Terengganu dilihat antara yang buruk apabila kawasan Besut dan Jerteh disahkan lumpuh apabila air najir menutupi jalan-jalan utama sehingga memutuskan hubungan dengan kawasan lain.

mangsa bencana banjir di Pantai Timur juga semakin meningkat dan pusat pemindahan telah mula beroperasi dengan lebih banyak.

Sumber: TikTok @mamanianadeera, Facebook Evanova d sini

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI