25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Nak Raikan Hari Istimewa Bersama Tersayang? Jom Keliling Sungai Melaka Dengan ‘Everlasting Love Boat’


Bagi anda yang ingin membuat kejutan atau meraikan hari romantik bersama pasangan tersayang — anda mungkin boleh membawa insan istimewa itu menelusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot ‘Everlasting Love’ yang ditawarkan Melaka River Cruise (MRC).

Pakej baharu Everlasting Love Boat ini bakal menjadi pilihan utama kepada pasangan romantis untuk menyambut hari-hari istimewa mereka seperti ulang tahun perkahwinan, sambutan hari jadi, persediaan melamar bakal isteri dan sebagainya.

264934418 494410918917963 8567231231377262775 n

Terdapat tiga pakej bot ‘Everlasting Love’ yang ditawarkan iaitu Pakej Emerald, Pakej Gold dan Pakej Diamond.

267854972 5381517878530001 3178977042718075214 n

Untuk Pakej Emerald berharga RM750 — pasangan bakal dibawa menaiki bot selama satu jam 30 minit berserta pakej makan malam di atas bot dengan iringan muzik, bergambar dengan pasangan, bunga dan baucer diskaun Melaka River Cruise.

263144052 494410872251301 3805631726091187102 n

Pakej Gold berharga RM1,200 pula menawarkan perjalanan di atas bot selama dua jam berserta pakej makan malam di atas bot dengan persembahan oleh kumpulan pemuzik, bergambar dengan pasangan, jambangan bunga dan baucer diskaun Melaka River Cruise.

melaka river cruise tempat menarik melaka @lesdadaenvoyage

Manakala untuk Pakej Diamond yang merupakan pakej eksklusif menawarkan ruangan makan malam yang dihiasi dekorasi romantis, persembahan musikal, bunga ros dan coklat, dan hadiah istimewa untuk perjalanan 2 jam 30 minit mengelilingi Sungai Melaka dengan harga RM2,000 sahaja.

266602354 494411358917919 2791195009805457855 n

Orang ramai sudah boleh membuat tempahan bermula sekarang untuk pakej Everlasting Love itu.

Anda boleh membuat tempahan dengan beberapa cara antaranya dengan melayari laman web rasmi Melaka River Cruise (MRC) atau [email protected] atau hubungi talian 06-281 4322.

264268763 494411285584593 8464223971165020924 nSumber: Melaka Hari Ini & Kredit Gambar: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali 





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI