25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Nak Tempah Tiket Bas Online ? Guna Redbus Saja


Nak beli tiket bas untuk trip anda? Belilah online sahaja.

Sekarang kat Malaysia, banyak aplikasi bas yang ada.

Tapi pada kami, dalam banyak-banyak app, Redbus adalah aplikasi beli tiket bas terbaik yang pernah kami cuba.

Senang Nak Guna

pickseat redbus

Aplikasi Redbus memang mesra pengguna.

Nak pilih stesen senang. Nak lihat bas yang ada, pilih tempat duduk, dan lokasi stesen naik dan turun pun lancar.

Sejarah trip anda pun ia simpan. Mudah nak beli tiket lagi – lagi-lagi kalau anda student, sebab anda guna bas pun untuk ulang alik rumah dan kolej selalunya.

Jimat Dengan BusPass

redbus pass

Kalau anda student atau pekerja yang selalu ulang alik ke destinasi yang sama, boleh beli Bus Pass.

Anda beli pass anda sekali. 

Kemudian anda boleh tempah bas beberapa kali dalam tempoh masa yang diberi.

Lagi murah dari beli tiket biasa.

Murah & Byk Promosi

offer redbus2

Kelebihan beli tiket bas kalau guna aplikasi, sentiasa ada promosi. Redbus pun tak terkecuali.

Kalau anda sampai ke stesen, jangan lupa tengok tiang-tiang atau dinding stesen. Kadangkala ada kod promo diletak kat sana.

Paling tidak pun, kat app, bila sampai ke skrin terakhir untuk bayar, anda patah balik ke skrin sebelumnya. Ada kemungkinan anda akan dapat kod promo untuk diskaun tiket anda.

Satu lagi, kat app ini, sesetengah bas ada beri harga tiket lebih murah kalau anda beli tiket pergi balik.

Nota : Cuba promo code RBASIA utk 20% diskaun.

Refundable Booking

Pernah tak ada masanya anda beli tiket, tapi tiba-tiba anda jatuh sakit (macam dijangkiti Covid-19) dan tak dapat naik bas.

Atau kawasan anda kena banjir, exam tiba-tiba bertukar tarikh atau ada ahli keluarga meninggal dunia.

Dengan Redbus tak ada masalah.

Semasa tempah, ambil Refundable Booking. Anda kena tambah sedikit dari harga tiket anda. Tapi kalau anda tak naik bas anda, anda boleh dapat wang yang dibayar untuk tiket anda semula.

Banyak Pilihan Cara Bayar

redbus pymt

Sekarang, nak bayar sangat mudah.

Bukan saja ia terima kad kredit dan debit. Ia juga terima payment FPX.

Dan nak pakai eWallet? EWallet macam TnGo, Boost dan Grabpay pun diterima.

Sepanjang kami guna aplikasi beli tiket bas online, Redbus yang paling mudah nak diguna. Memang lancar, dan senang nak cari maklumat bas anda.

Kalau anda masih beli tiket kat stesen bas, tukar cara anda.

Pilihlah beli tiket bas online begini. Senang nak pilih tempat duduk, dan banyak kelebihannya.

Dan dibandingkan dengan app beli tiket bas online yang ada, memang Redbus paling senang dan banyak kelebihan untuk kita semua.

Download Aplikasi Redbus : Android | IOS

Nota : Kami membandingkan Redbus dengan aplikasi pembelian tiket kenderaan awam lain yg pernah kami guna kat Malaysia — seperti EasyBook, BusOnlineTicket dan aplikasi/laman web KTMB. Dan kami tidak dibayar oleh Redbus untuk rekomendasi ini.



Sumber: www.jomjalan.com.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI