31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Nampak ‘baby bump’, netizen dakwa Nad Zainal hamil? – “Cepatnya, baru je kahwin”

Baru sahaja melangsungkan pernikahan pada 23 Januari lalu, pelakon popular, Nad Zainal atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin telah menarik perhatian ramai gara-gara bentuk fizikalnya yang kelihatan seperti ‘baby bump’ telah mencetuskan pelbagai reaksi ramai.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Nad di laman Instagramnya, kelihatan dia sedang mengulas sebuah produk berasaskan susu kambing.

Dalam video tersebut, ramai yang mendakwa mereka ternampak perubahan bentuk fizikal di bahagian perut Nad Zainal seperti ‘baby bump’ dan disebabkan itu, netizen menzahirkan ucapan tahniah buat aktres tersebut.

Screenshot 2023 02 22 at 9.47.18 AM Screenshot 2023 02 22 at 9.48.56 AMScreenshot 2023 02 22 at 9.49.28 AMScreenshot 2023 02 22 at 9.49.45 AM

Bagaimanapun, Nad menafikan spekulasi yang dia kini sedang berbadan dua malah, memaklumkan perutnya membuncit selepas makan.

Screenshot 2023 02 22 at 9.48.26 AM

Dalam pada itu, segelintir netizen menitipkan nasihat buat orang ramai supaya lebih berhati-hati sebelum memberi sebarang komen kerana bimbang boleh mengguriskan hati seseorang.

Malah, rata-rata individu yang sudah bergelar ibu memahami apa yang dialami oleh Nad Zainal dimana pada kebiasaannya fizikal seseorang akan berubah apabila melahirkan anak.

Screenshot 2023 02 22 at 9.47.32 AMScreenshot 2023 02 22 at 9.47.55 AMScreenshot 2023 02 22 at 9.48.20 AMScreenshot 2023 02 22 at 9.49.03 AMScreenshot 2023 02 22 at 9.49.19 AM

Sebelum ini, Nad pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq pada 18 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.

Bagaimanapun, mereka telah membuat keputusan untuk berpisah baru-baru ini namun, asbab dan tarikh penceraian tidak dimaklumkan kepada umum.

Screenshot 2023 02 01 at 11.20.51 AM

Kemudian, Nad Zainal telah mengejutkan ramai apabila dia selamat diijab kabulkan sebagai isteri kepada pelakon Ungku Ismail pada 23 Januari bersamaan dengan 1 Rejab 144 Hijrah.

nad

Sumber: Instagram @nad.zainal


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI