Bagi mereka yang tinggal di luar bandar misalnya, nasi ulam menjadi makanan tradisi buat ahli keluarga untuk menjamu selera. Pelbagai ulam-ulaman yang digaul bersama nasi panas ini merupakan salah satu menu yang boleh mengimbau memori masa kecil bagi sesetengah orang.
Selain rasanya yang sedap dan enak, nasi ulam mengandungi banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan hasil daripada daun ulaman yang dicampur. Ada yang campur sampai 40 jenis ulaman dalam satu hidangan. Menarik, bukan?
Bagi orang yang rindu dan tidak pernah merasa keenakan dan kesegaran nasi ulam, di sini kami kongsikan resepi nasi ulam utara yang menjadi resepi turun- temurun keluarga.
Cara Senang Masak Nasi Ulam, Resepi Turun Temurun Keluarga!Bahan-bahanUlam-ulaman seperti daun kunyit, daun kesom, daun salang, daun asam gelugur, pucuk kopi, bunga kantan, sekentut, peria pantai (boleh sediakan ulaman mengikut selera masing-masing)Setengah ekor tenggiri masam bersaiz kecil10 biji cili padi1 cawan kerisikSedikit belacanGaram dan secukup ras1 sudu makan lada hitam5 batang serai yang dihiris2 inci lengkuas10 ulas bawangSebiji limau kasturi
Cara penyediaan:Kisar kering ikan tenggiri, cili padi, belacan, lada hitam, serai dan lengkuas.Hiris halus bawang dan dua inci halia.Masukkan 1 cawan kerisik, garam dan serbuk perasa.Masukkan bahan yang dikisar halus tadi bersama bahan di langkah ketiga.Gaul sebati dan masukkan bawang halus tadi, perah sebiji limau kasturi dan masukkan daun ulaman yang dihiris serta sambung gaul hingga sebati.
Selepas siap sebatikan bahan di atas, gaulkan semuanya dengan nasi putih panas-panas dan sedia untuk dimakan.
Selamat mencuba dan menikmati mesin masa dalam menyelami dan menikmati makanan zaman dulu-dulu!
Tips: Bila nak makan baru gaul dengan nasi panas untuk kesedapan yang berganda).
Sumber: Roslina Shaari Ina Kie
Baca juga: Cara Buat 14 Biji Kek Cawan Oren Yang Mudah Dan Menjilat Jari, Sesuai Untuk Bawa Ke Jamuan
Sumber: dailymakan.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.