26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, March 29, 2023
spot_img

Negara Asia Ini Menjadi Destinasi Pilihan Jutawan! 


Tahun 2022 menyaksikan sebilangan besar pelabur dan jutawan dunia telah meninggalkan Rusia dan Ukraine akibat peperangan. 

United Kingdom (UK) telah kehilangan takhta sebagai destinasi hab kekayaan dunia, manakala Amerika Syarikat (US) sebagai destinasi pelaburan telah semakin pudar.

Siapa sangka, sebuah negara di Asia Tengah telah muncul sebagai destinasi utama pilihan jutawan dunia?

Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengambil alih kedudukan ini melalui aliran penghijrahan terbesar dari kalangan para jutawan dari seluruh dunia pada tahun 2022!

Dapatan ini dilaporkan oleh Henley & Partners yang menjejaki trend perpindahan pelaburan dan kekayaan persendirian di seluruh dunia.

Dubai, UAE - Gambar Ivan Siarbolin, PexelsDubai, UAE – Gambar Ivan Siarbolin, Pexels

Manakala, menurut New World Wealth pula, Rusia telah mengalami penghijrahan terbesar oleh golongan jutawan dalam tempoh enam bulan yang lalu.

Negara terbesar di dunia itu diramalkan kehilangan sebanyak 15,000 jutawan menjelang akhir tahun 2022 dengan peningkatan 15% berbanding tahun 2019, sebelum pandemik.

Pencerobohan Rusia terhadap Ukraine turut memacu penghijrahan mendadak seramai 2800 jutawan yang meninggalkan Ukraine.

Tiada data penghijrahan pada tahun 2020 dan 2021 direkodkan akibat sekatan perjalanan kerana pandemik COVID-19 di seluruh dunia.

Henley & Partners turut melaporkan 10 buah negara teratas di dalam carta iaitu UAE, Australia, Singapura, Israel, Switzerland, US, Portugal, Greece, Kanada dan New Zealand.

Moscow, Rusia - Gambar Виктор Соломоник, PexelsMoscow, Rusia – Gambar Виктор Соломоник, Pexels

Sebaliknya, 10 buah negara yang mengalami perhijrahan keluar golongan jutawan tertinggi ialah Rusia, China, India, Hong Kong, Ukraine, Brazil, UK, Mexico, Arab Saudi dan Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif Henley & Partners, Dr Juerg Steffen mengatakan menjelang akhir tahun ini, seramai 888,000 jutawan dijangka berpindah ke negara-negara baharu. 

“Pada 2023, aliran penghijrahan jutawan akan berlaku dalam kalangan pelabur dan jutawan kerana mereka mempersiapkan diri untuk menghadapi norma baharu dunia pasca COVID-19,” katanya.

Sebilangan besar jutawan juga dijangka akan berhijrah ke negara-negara pelancongan seperti Malta, Mauritius dan Monaco. 

UK yang sebelum ini digelar sebagai pusat kewangan dunia diramal bakal kehilangan jutawan seramai 15000 orang untuk tahun 2022 akibat undian Brexit. –  Cendolpulut, 16 Jun 2022


Sumber: www.getaran.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI