Praktikal atau juga dipanggil sebagai Latihan Industri merupakan salah satu program yang dibuat oleh pihak universiti bagi membantu para pelajar untuk mendapatkan pengalaman bekerja di dunia industri sebenar.
Para pelajar perlu tahu cara mohon praktikal dengan betul kerana anda berhadapan dengan organisasi bisnes yang sebenar.
Berikut adalah beberapa kesalahan yang selalu pelajar buat semasa memohon praktikal:
- Hantar resume atau CV melalui email tanpa sebarang ayat pengenalan.
- Hantar email tapi lupa letak attachment resume.
- Letak nama file resume/ CV yang tidak professional.
- Attach file yang tidak berkaitan.
- Menggunakan ayat seperti chat dengan kawan
Kepada para pelajar yang sedang memohon praktikal, sila elakkan semua kesalahan yang telah disenaraikan diatas.
Perkara penting kalau nak mohon latihan industri:
- Study background company
Sebelum apply dan pergi interview anda mestilah cuba selidik dahulu serba sedikit tentang company itu. Supaya tidak blur ketika sesi interview nanti.
- Penulisan dan Komunikasi
Gunakan ayat penulisan yang professional dalam email, resume, CV mahupun conversation whatsapp.
- Tunjuk usaha
Tunjukkan sedikit daya usaha atau effort ketika memohon praktikal dimana-mana company. Ini kerana company lebih gemar dengan calon yang tunjuk usaha untuk menjalani praktikal.
- Keunikkan
Serlahkan apa kelebihan yang anda ada. Supaya boleh lebih menyerlah dari calon-calon lain yang memohan praktikal
Itu sahaja sedikit pesanan untuk adik-adik yang bakal menjalani praktikal. Semoga dapat membantu permudahkan urusan anda.
Sumber: www.watpetu.com
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.