26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023
spot_img

Nihon Matsuri 2022: Pesta Budaya dan Makanan Jepun Terbesar! 


Buat pencinta budaya Jepun, jangan ketinggalan berkunjung ke Nihon Matsuri 2022, pesta kebudayaan dan makanan Jepun pertama di Malaysia yang bakal berlangsung di Stadium Bukit Jalil Carpark B pada 27 hingga 31 Julai 2022.

Acara kebudayaan anjuran Trumpet International ini bertujuan bagi memberikan pengalaman ibarat berada di negara matahari terbit itu kepada rakyat Malaysia.

Ia juga bertujuan bagi mempromosikan lagi budaya Jepun dalam kalangan rakyat Malaysia, baik dari segi tradisi, gastronomi, mahupun seni persembahan.

Pengarah Eksekutif, Koo Kien Keat berkata pesta ini bakal menggalakkan lagi pertukaran budaya antara Jepun dan Malaysia.

“Sejak sekian lama, kedua-dua budaya telah mengalami pengaruh antara satu sama lain. 

“Kami berharap ia akan menarik minat rakyat Malaysia ke pesta ini sebagai salah satu usaha kami untuk merapatkan lagi hubungan antara Jepun dan Malaysia,” kata Koo.

Tambahnya, “Nihon Matsuri 2022 juga akan menambahkan daya tarikan budaya Jepun yang lebih menyegarkan melalui penyerapan unsur-unsur baharu.

“Pada masa sama, pesta ini dijangka menarik lebih ramai pengunjung ke destinasi, seterusnya memicu peluang pekerjaan kepada peniaga di Malaysia dalam jangka masa panjang,” ujarnya.

Foto 1 Nihon Matsuri 2022

Pesta selama lima hari ini akan mempamerkan lebih 100 reruai dan gerai makanan yang akan menawarkan pelbagai pilihan makanan Jepun, barangan dan pelbagai aktiviti kebudayaan.

Selain itu, pengunjung juga boleh merasai ‘cara Jepun yang sebenar’ dengan menyertai secara langsung aktiviti-aktiviti menarik seperti tarian tradisional, seni persembahan dan bengkel kraf.

Paling menarik, pengunjung turut boleh menyertai acara-acara kebudayaan khas Jepun seperti ‘Shinto Walk’, ‘Wishing Wall’ serta ‘Presenti Tawa’ (menara hadiah).

Pesta ini direncana bagi memberi peluang kepada semua rakyat Malaysia untuk mempelajari, merasai serta menghargai setiap persamaan dan perbezaan budaya antara kedua-dua negara.

Layari Nihon Matsuri 2022 untuk maklumat lanjut. –  Cendolpulut, 9 Jun 2022

Gambar: Trumpet International 


Sumber: www.getaran.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI