28.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, February 7, 2023
spot_img

Nombor disekat Fatin Afeefa, Adam Shahz tak dibenarkan jumpa anak langsung

Pelakon, Adam Shahz meluahkan rasa terkilan apabila tidak tahu tentang keberadaan anak perempuannya, Ivy Herra Sophia selepas mendakwa hampir tiga bulan dihalang berjumpa oleh bekas isterinya, Fatin Afeefa.

Menurut Adam atau nama sebenarnya Nor Shah Azli Abdol Ghani, dia hanya diberitahu sumber bahawa anaknya dihantar ke asrama dan tidak tahu apa-apa mengena status Ivy.

“Sebagai bapa, saya sendiri pun tak tahu mana anak saya sekarang. Katanya, masuk asrama.
“Saya tidak tahu apa-apa tentang anak saya sebab pihak sebelah Fatin dan bekas ibu mentua sekat nombor telefon saya,”ujarnya.

Adam ketika ditemui Kosmo! Online di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memberitahu anaknya dimasukkan ke asrama tanpa pengetahuannya, namun tidak dedahkan nama sekolah berkenaan.

“Apa yang saya dapat tahu, ada sumber cakap anak saya dimasukkan ke sebuah sekolah asrama. Tapi sekolah asrama mana pun saya tak tahu,” katanya.

Oleh itu, aktor berusia 41 tahun berasa sedikit kesal apabila haknya sebagai seorang bapa dinafikan oleh Fatin Afeefa apabila langsung tidak boleh berjumpa dengan anak tunggalnya.

Pelakon Juvana itu berkata, sebelum ini dia boleh berjumpa dengan Ivy sekurang-kurangnya dua kali seminggu pada hari Sabtu dan Ahad.

Malangnya, sejak tiga bulan lalu, pihak sebelah bekas isterinya menghalang daripadanya berbuat sedemikian.

“Sebelum ini saya boleh berjumpa dengan Ivy antara pukul 9 pagi hingga 11 pagi.
“Katanya anak saya dimasukkan ke sebuah tempat mengaji. Jadi waktu saya hanya Sabtu dan Ahad setiap minggu. Itu sahaja.
“Sebagai seorang ayah, saya bukan nak minta hak lebih. Tapi bila saya ada cuti, permudahkanlah urusan saya. Adakan masa anak dengan saya. Itu sahaja,” tegasnya.

Dalam pada itu, Adam menjelaskan tujuan dia membawa perkara tersebut ke mahkamah bukanlah kerana mahu bermusuh dengan bekas isteri, sebaliknya menuntut hak sebagai seorang bapa.

Selain itu, dia juga mahu mengelakkan diri daripada menjadi mangsa fitnah netizen.

“Selama ini saya diam. Bila ada desakan, baru saya bersuara. Bukan apa, saya mahu orang tahu apa yang terjadi. Kalau saya terus tutup mulut, takut ada fitnah pula nanti.
“Sebagai bapa saya berhak tahu di mana anak saya berada. Jangan pula selepas ini bila terjadi apa-apa, salahkan saya pula tak ambil tahu tentang anak,” katanya yang hadir seorang diri ke mahkamah,”jelasnya.

8B0B7250 17DA 46D1 88C1 57012B3E052F 768x721 1

Sehingga kini, Kosmo! Online memaklumkan mereka gagal untuk mendapatkan respon daripada Fatin kerana belum sempat ditemu bual.

Untuk rekod, Fatin pernah berkahwin dengan aktor Adam Shahz pada 21 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivy Here Sophia, 7. Bagaimanapun, mereka telah bercerai selepas empat tahun membina mahligai.

Manakala, sebelum berkahwin dengan Adam, Fatin juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki, Adam Aisy Arrian, 10.

Sumber: Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi)

Illustrative Mind Thought Bubble Instagram Post 2

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI