Anugerah Industri Muzik kali ke-23 (AIM23) malam tadi telah memperlihatkan beberapa nama besar dalam industri naik ke pentas bagi menerima anugerah yang diberikan mengikut kategori yang dicalonkan.
Selain daripada para pemenang, selebriti yang membuat persembahan juga menarik perhatian ramai seperti duet ‘padu’ dari dua nama besar dalam industri seni suara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Liza Hanim.
Namun begitu, ketika persembahan lagu ‘Gatal’ yang dibawakan oleh pelakon terkenal, Janna Nick, ramai yang berasa ada sesuatu yang tidak kena kerana vokalnya sama persis seperti di dalam rakaman.
Sedar akan dirinya menjadi perbualan, Janna telah tampil menjelaskan hal sebenar dan mengakui bahawa memang dia miming ketika di membuat persembahan di pentas AIM23.
Dia juga memohon maaf kerana melakukan hal tersebut yang dirasakan sangat memalukan kerana mengalami masalah dengan suaranya apabila dijangkiti virus sehingga kehilangan suara ketika di Jakarta dua minggu lepas.
Tambahnya, dia juga kurang rehat memandangkan jadual pengambaran dan undangan kerja sangat padat sehingga memakan diri.
Pelakon Melastik Ke Hatimu itu juga memaklumkan yang segala kesulitan dihadapi amat dikesali.
Selain dari Janna Nick, beberapa nama besar telah memberikan persembahan terbaik seperti Ernie Zakri, Hafiz Shuip, Ella dan Amir Masdi.
Dalam pada itu, penyanyi muda dan juga komposer, Yonnyboii telah memenangi kategori Album Terbaik AIM23 dan membawa pulang RM200,000 sebagai hadiah.
Sumber: Instagram Janna Nick
Sumber: www.malay.news
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.