31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, January 27, 2023
spot_img

Nyanyian tular! Netizen tegaskan Aina Abdul dari Malaysia, bukan Indonesia

Nama selebriti popular, Aina Abdul menjadi bualan hangat di aplikasi TikTok selepas seorang pengguna menyatakan bahawa penyanyi tersebut berasal dari Indonesia.

Menurut laporan Kosmo! Online, pengguna itu menerusi akaun TikTok @sius.30 berkongsi video kompilasi ‘cover’ nyanyian Aina dan dua lagi penyanyi dari negara lain.

Ia bertujuan seolah-olah mahu membandingkan vokal siapa menjadi pilihan ramai berserta kapsyen ‘Cover lagi, sedang This Love, mana sih suaranya yang paling keren menurut kalian?’.

@sius.30

This Love #thislove #thislovetaylorsversion #fyp #fypシ #love #loveyou #lovestory #this #cover #coversong #indonesia #tiongkok #korea

♬ suara asli – Sius.30 – Sius.30

Untuk nyanyian Aina, kapsyen dalam video berdurasi hampir dua minit itu bertulis ‘Indonesia’ merujuk kepada negara asal penyanyi yang melakukan ‘cover’ berkenaan.

Kesilapan tersebut membuatkan warganet dalam kalangan ‘tentera bawang’ yang bingung tampil menyatakan bahawa penyanyi berusia 29 tahun itu berasal dari Malaysia.

Sementara itu, ada juga segelintir warganet memuji kemerduan suara pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) itu.

WhatsApp Image 2022 12 15 at 2.25.08 PM

WhatsApp Image 2022 12 15 at 2.25.10 PM

WhatsApp Image 2022 12 15 at 2.25.09 PM

Setakat ini, video dimuat naik dua hari lalu itu meraih lebih 4.2 juta tontonan dan 172,600 tanda suka dengan 2,081 perkongsian.

Sumber: Kosmo! Online (Muhammad Haikal Ramli) , TikTok @sius.30

Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI