Selangor sememangnya menawarkan lokasi ‘Outfit of the Day’ atau #OOTD yang pastinya Instagram-worthy untuk Raya anda.
Lagi-lagi di musim perayaan ini, #OOTD kini menjadi aktiviti maya yang mesti dilakukan oleh semua orang semasa bercuti tanpa mengira peringkat umur.
Mari kita lihat 7 lokasi #OOTD Hari Raya yang paling cantik di Selangor. Mana tahu ada yang sesuai dengan tema baju raya anda tahun ini!
Gambar: IG @sarahhhfyy#1 Elmina Valley Park
Elmina Valley Park merupakan lokasi yang sangat terkenal di Shah Alam. Ia terletak di kawasan perbandaran baharu yang bernama Elmina City.
Taman Elmina ini mempunyai pelbagai tarikan seperti laluan pelangi berwarna-warni dan jambatan ikonik Elmina.
Ia menawarkan pelbagai aktiviti termasuk berjoging, berbasikal dan sesuai untuk sesi perkelahan bersama seisi keluarga.
Gambar: IG @ainfarahinnnnn#2 Padihijau Homestay
Merupakan rumah inap berkonsepkan kampung tradisional yang terletak di Sungai Besar, Selangor. Menariknya, rumah inap yang berwarna cerah ini dikelilingi oleh sawah padi.
Konsep yang indah, persekitaran yang santai dan mendamaikan, ia jauh dari kesibukan kota. Bagi anda yang mahu #OOTD, bolehlah menginap di sini sambil menikmati keindahannya.
Sedikit tips, busana tradisional pastinya memberikan estetika yang anggun dan sesuai dengan suasana kawasan sawah padi yang terdapat di sini!
Gambar: IG @rj.rongjie#3 Tamarine Square
Terletak di Cyberjaya, ia mengangkat tema ‘taman dalam bandar’. Pencinta alam semula jadi boleh melakukan aktiviti #OOTD kerana keindahan flora dan struktur bangunan yang ikonik.
Dengan struktur bangunan yang unik dan moden, ia dikelilingi oleh tumbuh-tumbuhan yang besar dan subur.
Anda juga boleh menjamu selera dalam suasana yang tenang di salah sebuah kafe disini selepas penat ber-OOTD!
Gambar: IG @nnnaaaddd#4 Spacerubix
Jangan lepaskan peluang ber-OOTD di Spacerubix!
Terletak di Puchong, anda boleh mengambil OOTD dengan berlatarbelakangkan bangunan yang berkosepkan rubix yang terang.
Rakam imej anda dengan cara unik disini. Ia boleh menjadi tempat yang cantik untuk OOTD Raya yang boleh anda kongsikan di laman Instagram anda!
Gambar: IG @sugaroute#5 Kampung Pelangi
Terletak di Daerah Kuala Selangor, Kampung Pelangi dilatari persekitaran yang menenangkan seperti namanya.
Hampir keseluruhan kawasan, termasuk rumah dan jalan, dicat dengan warna-warna yang terang dan ceria.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh menginap di rumah inap yang terdapat disini bagi merasai sendiri pengalaman hidup di kawasan kampung.
Tarikan lain seperti zoo mini, aktiviti memancing dan memanah.
Gambar: IG @nanad_glamnara#6 Bonda Valley
Tidak perlu melancong sampai ke Bali, pemandangan ini juga boleh didapati di Bonda Valley!
Selepas seharian menyambut Hari Raya, anda boleh berehat dari segi emosi dan fizikal dengan menginap di sini.
Lokasinya tenang, luas dan bersih. Selain keindahan alam semula jadi, Bonda Valley turut dipenuhi arca-arca seni yang sememangnya sesuai untuk anda ber-OOTD!
Gambar: IG @suetrotstheglobe#7 Istana Bandar Jugra
Anda boleh melawat ke Pekan Jugra yang terletak di daerah Kuala Langat bagi melawat Istana Banda Jugra.
Semasa ber-OOTD di sini, anda juga boleh mempelajari sejarah Pekan Jugra yang menarik. Malah, tiada sebarang bayaran masuk dikenakan untuk ke istana ini.
Tapak-tapak bersejarah lain yang boleh anda ber-OOTD seperti Masjid Alaeddin dan Muzium Insitu Jugra.
Layari Selangor Tourism untuk maklumat lanjut. – Cendolpulut, 12 Mei 2022
Sumber: www.getaran.my
PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri