25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Orang Berbudi Kita Berbahasa, CEO Apple Bakal Memberi Sumbangan kepada Mangsa Banjir di Malaysia


Melihatkan bencana yang teruk melanda Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook mengumumkan akan memberi bantuan kepada Malaysia dan Filipina. Taufan Rai telah melanda Filipina dan memusnahkan banyak harta benda.

Dalam satu tweet ringkas, Tim menyatakan bahawa Apple akan menyumbang kepada usaha pemulihan, baik pulih dan pembangunan semula jangka panjang di Malaysia dan Filipina.

Screenshot 2021 12 22 at 5.20.07 PM“Taufan Rai telah mengakibatkan kemusnahan yang bukan sedikit di Filipina dan Malaysia. Banyak keluarga yang kehilangan terlalu banyak. Apple akan menyumbang bagi meringankan beban, membaik pulih dan berusaha untuk membantu pembangunan jangka panjang,” tulis Cook.

Perkara tersebut telah mendapat respon yang baik dari warganet terutamanya rakyat Malaysia. Ramai yang telah singgah ke ruangan komen CEO Apple itu dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinannya.

Screenshot 2021 12 22 at 5.28.22 PM

Manakala bekas ahli tinju profesional terkenal dan kini menjadi senator Filipina, Manny Pacquiao pula mengucapkan terima kasih kepada Tim dan memberitahu pasukannya di Filipina bersedia untuk membantu.

Untuk makluman, beberapa syarikat besar terutamanya di Malaysia telah tampil memberikan bantuan untuk mangsa-mangsa banjir. Antara yang menjadi perbualan ramai adalah Mydin, Petronas, Decathlon dan banyak lagi.





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI