26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

Orang Ramai Disaran Aktifkan ‘Bluetooth MySJ Trace’ Di Tempat Awam


Orang ramai disaran untuk mengaktifkan ciri Bluetooth Tenaga Rendah (BLE) MySJ Trace di aplikasi MySejahtera ketika berada di tempat awam, dalam pengangkutan awam, di kedai makan dan pusat membeli-belah.

Ia bertujuan bagi mengesan kontak rapat iaitu individu yang berada dalam jarak dan waktu tertentu dengan kes positif COVID-19.

Sekiranya individu yang dikesan positif bersetuju berkongsi maklumat dengan KKM barulah notifikasi akan dihantar kepada individu sebagai kontak kasual.

“Maklumat itu hanya terkandung dalam telefon anda. Hanya jika anda mahu berkongsi bagi kebenaran itu sahaja. Kami tidak menyimpan maklumat itu. Kalau tidak, Apple and Google tidak akan lulus penambahbaikan ini sebab mereka sangat prihatin dengan data peribadi,” kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pada satu sidang media.

photo 2021 12 29 15 32 07

Ketika ini, Kementerian Kesihatan hanya menggalakkan dan menasihati masyarakat untuk menggunakan ciri itu — namun tidak menolak kemungkinan mewajibkannya untuk kemasukan ke premis jika penggunaan MySJ Trace tidak menggalakkan.

Ciri MySJ Trace akan membantu KKM dari segi pengesanan kontak dan memastikan masyarakat hidup bersama COVID-19 dalam suasana selamat serta bertanggungjawab dengan data, teknologi dan peranti memastikan tiada tindakan drastik seperti sekatan.

MySJ Trace merupakan antara fungsi mudah alih pengesanan kontak menggunakan pendekatan dorongan masyarakat dengan telefon bimbit pengguna akan saling bertukar maklumat apabila berada dalam jarak tertentu.

Pertukaran maklumat itu adalah satu interaksi antara pengguna MySJ Trace yang membolehkan identifikasi individu yang pernah berada berdekatan dengan seorang lagi individu yang positif COVID-19.

photo 2021 12 29 15 31 36

Selain itu, Khairy berkata pertemuan dengan beberapa persatuan secara maya telah sepakat menyuarakan usaha memperketat saringan di pintu masuk premis dan menggalakkan penggunaan MySJ Trace.

Antaranya Persatuan Rantaian Peruncit Malaysia (MRCA), Majlis Acara Perniagaan Malaysia (BECM), Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia (MACEOS), Persatuan Pengurusan Kompleks (PPK) Malaysia, Prasarana Bhd dan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma).

Beliau juga berkata aspek pengudaraan akan dipertingkat bagi memastikan usaha memutuskan rantaian penularan yang berkesan.

Khairy turut menyeru masyarakat agar memberi kerjasama kepada pengurus premis dan pegawai keselamatan yang meminta untuk menyemak status mereka di aplikasi MySejahtera.

Sumber: BERNAMA





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI