25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Padah sembang melampau, 2 ‘rider’ berguling cium jalan tar. “Haa… Kan dah mendapat”

Gara-gara syok bersembang seperti tiada hari esok, dua penunggang motosikal terlibat kem4langan selepas berlanggar sesama sendiri.

Kejadian itu dipercayai berlaku susulan kecuaian penunggang terbabit yang dilihat saling berborak sebelum hilang kawalan.

padah 1

Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mereka tercampak dan berguling atas jalan tar selepas gagal mengawal motosikal masing-masing.

Meskipun memakai topi keledar, mangsa difahamkan mengalami kecederaan serius di badan akibat geseran di laluan tersebut.

Dikongsikan di laman media, rakaman tul4r itu menerima lebih 100,000 jumlah tontonan setakat ini dan hangat diperkatakan warganet.

padah 1 1

Ada berpendapat bahawa situasi itu sememangnya berpunca akibat kesalahan penunggang tersebut yang memandu dalam keadaan berbahaya namun sesetengah pihak turut meletakkan kesalahan kepada tiga pemuda berkenaan yang langsung tidak peka dengan keselamatan rakan di belakang.

Video :

Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan pendapat masing-masing.

“Kalau nak bersembang, jangan atas jalan pergi la duduk kedai kopi sembang sepuas hati, kan dah berlanggar sesama sendiri, apa-apa pun semoga dipermudahkan urusan buat mangs4,” kata Elly Ly.

“Kasihan yang kem4langan, itulah kawan bila bersembang sama-sama tapi kalau dah tergolek semua menghilangkan diri jalan terus tak hirau keadaan kawan,” jelas Zaifol Azhar.

“Aku cukup benci kalau orang jenis naik motosikal sambil bersembang dengan kawan lepas itu bawa tengah jalan dan menyusahkan orang lain bila berlanggar,” tambah Izi Marzuki.

“Yang jatuh memang dah terceder4, tapi aku pelik tiga lagi rakan dia langsung tak ambil berat bila dah kemalangan, jalan terus macam tak ada apa berlaku,” ujar Asyraf Mior.

Dalam pada itu, kejadian berkenaan masih belum ada sebarang laporan lanjut daripada pihak p0lis.

Sumber: imuslimnetwork.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI