23.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 4, 2023
spot_img

Padah Tunjuk Jari Tengah Pada Polis Wanita, Lelaki Warga Asing Ini Ditahan

Disaat warga Malaysia sedang hangat dan riuh meraikan Hari Kemerdekaan negara ke-65, berlaku satu kejadian yang agak biadap terhadap anggota polis negara.

Tindakan seorang lelaki menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis yang sedang bertugas mengundang padah apabila dicekup dalam kejadian di Lot 10, Bukit Bintang di sini tengah malam tadi.

@majoritiofficial Orang macam ni patut halau je dari Malaysia 😌#beritaditiktok #trendingnewsmalaysia #merdeka ♬ Dj Sikok Bagi Duo Viral Tik Tok – DJ AZKA

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di hadapan pusat beli belah kira-kira pukul 12.15 tengah malam.

“Susulan itu, polis telah menahan serta membuka kertas siasatan ke atas suspek lelaki bukan warganegara yang berusia 39 tahun berkenaan.

“Lelaki terbabit kini direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Dellhan, polis menasihati orang ramai agar tidak terlibat dengan apa-apa kesalahan yang melanggar undang-undang di negara ini.

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI