25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

Padang Terap Kecoh! Baner Kempen Ditampal Atas Baner Wajah Sultan & Sultanah Kedah!

Berbaki tak sampai seminggu lagi menjelang Hari Pengundian pada 19 November nanti — kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin panas dan kecoh!

Terbaharu berlaku satu kejadian yang memalukan di Padang Terap, Kedah apabila sebuah baner gergasi kempen Perikatan Nasional yang memaparkan gambar Menteri Besar Kedah dan calon PN Parlimen Padang Terap ditampal atau ditepek di atas baner Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dan Sultanah Kedah.

Menurut Twitter @cikyaniee, baner tersebut dipasang pada Khamis lepas 10 November 2022 bersempena program MB ke Padang Terap pada 11 November 2022.

Padang Terap Kecoh Baner Kempen Ditampal Atas Baner Wajah Sultan

Namun tindakan menindih baner program kempen itu di atas baner Sultan Kedah dianggap sebagai suatu tindakan derhaka dan penghinaan secara terbuka kepada institusi Diraja.

Bagaimanapun dikatakan selepas ia dilaporkan kepada Majlis Daerah Padang Terap — baner tersebut telah  diturunkan pada malam Jumaat, 11 November.

Tindakan biadap PN itu diselar oleh netizen yang beranggapan mereka terlalu taksub untuk berpolitik sehingga tidak menghormati institusi Diraja Melayu.

Bukan itu sahaja malah netizen juga mengecam pihak pimpinan PN kerana dikatakan tidak membuat permohonan maaf secara terbuka atau mengungkapkan sebarang kekesalan di atas kejadian berkenaan.

1668371997 240 Padang Terap Kecoh Baner Kempen Ditampal Atas Baner Wajah Sultan

 


Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI