28.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Pameran Seni Digital ‘Walking Through A Songline’ Dibuka Di Balai Seni Negara


Pameran seni digital ‘Walking through a Songline’ dari Australia kini dipamerkan di Balai Seni Negara sehingga 11 Sept.

‘Walking through a Songline’ membawa pengunjung menyelami era zaman purba menggunakan teknologi digital seni visual terkini secara timbul (pop-up).

Berdasarkan komponen pameran Muzium Negara Australia yang diiktiraf di peringkat antarabangsa Songlines: Tracking the Seven Sisters, ia membawa pengunjung mengembara di sepanjang trek epik Seven Sisters Dreaming.

Pameran seni visual digital itu dianjurkan sebagai menghargai seni, budaya dan kreativiti Orang Asli Australia.

Gambar ihsan Facebook Balai Seni NegaraGambar ihsan Facebook Balai Seni Negara

Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Dr Justin Lee berkata rakyat Malaysia adalah penonton antarabangsa pertama yang berpeluang menikmati pameran versi digital timbul itu. 

“Penonton boleh menyelami kisah, pengetahuan kuno dan kepintaran artistik Orang Asli Australia dan menghargai hubungan unik mereka dengan tanah air mereka”, kata Lee dalam satu kenyataan.

Penataan cahaya dihasilkan Muzium Negara Australia dengan kerjasama Mosster Studio, disokong Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan sebagai sebahagian inisiatif diplomasi awam utamanya – Australia Now.

Kurator Kanan dan Ketua Pengetahuan Orang Asli di Muzium Negara Australia Margo Neale, berkata: “Kita perlu mengingatkan dunia bahawa, meskipun pameran itu menceritakan kisah zaman kuno, ia mempunyai kaitan kontemporari yang penting dan menggunakan teknologi kontemporari serta bentuk seni yang lebih konvensional.” – Bernama


Sumber: www.getaran.my

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI