25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 23, 2023
spot_img

“Pas Nak Berperang Dengan Siapa?” – Aksi Pemuda Pas Siap Bawa Replika Pedang, Lembing Cetus Kegusaran!

Perarakan sekumpulan Pemuda Pas bersama replika senjata ketika Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2023 yang berlangsung pada 17 dan 18 Februari di Setiu mencetuskan pelbagai polemik di media sosial.

Satu hantaran di media sosial Facebook pagi Ahad mempertikaikan tindakan itu yang disifatkan mempamerkan sisi ‘ganas’ parti tersebut.

Pas Nak Berperang Dengan Siapa Aksi Pemuda Pas Siap

1676866078 810 Pas Nak Berperang Dengan Siapa Aksi Pemuda Pas Siap

Status tersebut mempersoalkan tindakan kumpulan itu memakai kostum dan membawa replika senjata kerana katanya Islam tidak berkembang ke seluruh pelosok dunia melalui peperangan.

Difahamkan, perarakan itu merupakan antara pengisian sepanjang progran Himpit 2023 yang berlangsung selama dua hari di Setiu.

Setiap kontinjen Pemuda Pas dari 8 daerah mempamerkan kreativiti masing-masing dalam merebut juara bagi kategori perarakan.

1676866078 352 Pas Nak Berperang Dengan Siapa Aksi Pemuda Pas Siap

1676866078 797 Pas Nak Berperang Dengan Siapa Aksi Pemuda Pas Siap

Difahamkan perarakan kontijen Marang itu turut membawa bersama replika pedang gergasi dan konvoi bermotosikal.

Sementara itu, Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, pihaknya sedang menyiasat isu itu yang kini tular di media sosial.

1676866079 967 Pas Nak Berperang Dengan Siapa Aksi Pemuda Pas Siap

1676866079 19 Pas Nak Berperang Dengan Siapa Aksi Pemuda Pas Siap

“Pihak polis akan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam program perarakan tersebut dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 17 Februari lepas di sebuah kawasan resort di Setiu. Perarakan itu merupakan salah satu dari acara yang dipertandingkan pada program itu iaitu reka cipta bertemakan pakaian, senjata dan warisan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

1676866079 501 Pas Nak Berperang Dengan Siapa Aksi Pemuda Pas Siap

1676866079 200 Pas Nak Berperang Dengan Siapa Aksi Pemuda Pas Siap

Beliau berkata program itu disertai setiap daerah di negeri ini dengan hanya satu kumpulan mengenakan pakaian sambil membawa replika senjata.

Menurut Rohaimi, pihaknya mengetahui mengenai program tersebut — namun tidak dimaklumkan mengenai perarakan membawa replika senjata tersebut.

1676866080 875 Pas Nak Berperang Dengan Siapa Aksi Pemuda Pas Siap1676866080 668 Pas Nak Berperang Dengan Siapa Aksi Pemuda Pas Siap

Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI