26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023
spot_img

“Pecah Masuk Studio Sambil Live Update!” – Wanita Ini Dedah Diganggu “Stalker Psycho”, Seram!

Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan menghendap boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Itu adalah hukuman yang patut ditanggung oleh si pelaku. Keselematan diri lebih-lebih lagi golongan wanita dan anak kecil perlu kita ambil berat.

Pendedahan @WanNurSyaira di akaun twitternya ternyata membuat netizen tercengang. Situasi yang dihadapinya persis filem thriller yang cukup menakutkan.


— Wan Nur Syaira (@WanNurSyaira) September 1, 2022

Ceritanya bermula dengan naluri wanita tersebut cukup kuat mengatakan bahawa ada seseorang pecah masuk pejabat atau studio miliknya.  Semasa beliau meninggalkan pejabatnya, dia perasan bahawa pintu balkoninya terbuka dan beberapa lukisanya dialihkan.

Disebabkan rasa tidak sedap hati, beliau menelefon guard untuk check jika ada apa-apa yang pelik berlaku. Tiba-tiba, beliau terima panggilan dari guard tersebut menyatakan ada lelaki menjerit dari dalam pejabatnya.

Lalu beliau terus menghubungi pihak pentadbiran pejabatnya, dan mendapati benar ada seorang lelaki telah pecah masuk. Lebih mengejutkan, ia adalah lelaki yang sama yang pernah obses dan mengendapnya secara online.

Tindakan pantas anggota polis berjaya menahan lelaki itu di pejabat. Antara perbuatan yang dilakukan oleh lelaki itu ketika berada di dalam pejabat wanita itu:

  • Membuang barang dari balkoni ke parking lot, dan barang dirosakkan
  • Pecahkan cermin bumbung
  • Buang lukisan dan memberi lukisan kepada kedai makan di bawah kononnya pemberian darinya
  • Bakar langsir
  • Tikam langsir
  • Membuang air besar dan meninggalkan boxer dalam tandas
  • Membuang kain sampel
  • Cucuh rokok ke perabot
  • Dakwa pejabat itu miliknya dan menjerit sekuat hati
  • Pergi ke kedai gunting rambut yang berada di bawah, dan mendakwa bahawa beliau akan mengahwini wanita ini
  • Edar totebag milik wanita ini dan diberikan kepada orang lain, tawar koleksi terbaru kepada pihak polis

Sungguh menakutkan apa yang berlaku kepada @WanNurSyaira, beliau bernasib baik kerana tiada siapa yang berada dalam pejabatnya ketika itu semua berlaku.

Pecah Masuk Studio Sambil Live Update Wanita Dedah Diganggu

Antara live tweet dari si pelaku

1662285361 821 Pecah Masuk Studio Sambil Live Update Wanita Dedah Diganggu

Antara bukti kerosakan

1662285362 641 Pecah Masuk Studio Sambil Live Update Wanita Dedah DigangguSumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI