31.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 2, 2023
spot_img

Pelakon Projek High Council kena ‘serbu’, peminat terjerit-jerit teruja

Drama Projek High Council yang bersiaran di saluran Astro sememangnya menjadi satu kegilaan baru buat penonton muda.

Disebabkan itu, pada 25 Februari 2023, satu pertemuan bersama peminat dan pelakon-pelakon drama tersebut bertempat di Suria KLCC.

Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah sambutan daripada peminat yang begitu luar biasa kerana jarang pelakon drama diserbu sebegitu ramai orang dalam satu masa.

Momen-momen sewaktu mereka bertemu peminat telah dikongsikan di media sosial. Mereka yang hadir juga kebanyakkannya dari kalangan anak muda.

@fara7ig

HELPP 💀💀 #projekhighcouncil #astroshaw #suriaklcc

♬ original sound – syashasamsudin – AIZMFDLY🔐

 

Menurut sesetengah netizen, mereka merasakan fenomena drama Projek High Council ini wajar kerana lakonan mantap dari pelakon-pelakon muda itu sehingga berjaya menarik perhatian ramai menonton drama berkenaan.

 

Lama betul tak nampak artis lokal dapat sambutan macamni kan? Memang betul2 mcm Artis Korea guys! 🤣 pic.twitter.com/Sll8XerdDO

— Naz 🍥 (@_NazriH) February 25, 2023

Screenshot 2023 02 26 at 1.21.02 PM

Screenshot 2023 02 26 at 1.20.37 PM

Screenshot 2023 02 26 at 1.20.19 PM

Screenshot 2023 02 26 at 1.20.01 PM

Namun begitu, komen negatif yang ditinggalkan di perkongsian @_NazriH tetap ada kerana merasakan ada peminat yang terlalu berlebihan dalam meminati selebriti sehingga sanggup terjerit-jerit dan berkejaran hanya untuk mendapatkan perhatian daripada ‘idola’ mereka.

Screenshot 2023 02 26 at 1.27.48 PM

Screenshot 2023 02 26 at 1.27.40 PM

Screenshot 2023 02 26 at 1.27.31 PM

Screenshot 2023 02 26 at 1.27.24 PM

Apa-apa pun, berpada-padalah dalam meminati selebriti. Tak salah untuk mengagumi mereka dan karya yang dihasilkan asalkan tidak mendatangkan mudarat kepada diri sendiri seperti kecederaan sewaktu sedang berasak-asak mengejar ‘idola’.

Untuk makluman, Projek High Council merupakan drama bertemakan kehidupan di sekolah berasrama penuh lelaki. Antara pelakon yang menjayakan drama tersebut adalah Nadhir Nasar, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Sazzy Falak dan ramai lagi.

Sumber: TikTok @fara7ig, Twitter @_NazriH


Sumber: www.malay.news

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI