25 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Pelancong Dari 11 Negara Ini Wajib Jalani Kuarantin Sebelum Masuk Sabah


Kerajaan Sabah menetapkan pengembara dari 11 negara dikehendaki menjalani kuarantin wajib sebelum memasuki negeri itu berkuat kuasa 28 Disember (Selasa) ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata pengembara yang terlibat adalah dari United Kingdom, Arab Saudi, Australia, Norway, Perancis, Kanada, Denmark, Nigeria, Amerika Syarikat, India dan Pakistan.

airport traffic passenger 104.901w

Pengembara hendaklah menjalani kuarantin wajib melalui Pintu Masuk Antarabangsa Pertama di pusat kuarantin yang ditetapkan kerajaan sebelum dibenarkan untuk memasuki atau meneruskan penerbangan ke Sabah.

airport travel covid 19

Sementara itu, Masidi berkata Sabah merekodkan 108 kes Covid-19 pada Ahad menjadikan jumlah kumulatif 239,590 kes dengan satu kematian dilaporkan di Kota Belud.

Bilangan pesakit Covid-19 sembuh ialah 222 menjadikan jumlah kumulatif (sembuh) 232,293 orang — manakala 678 pesakit sedang menerima rawatan.

airport testing for sabah returnees MOH twitter

Sumber: Bernama
 





Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI