25.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, January 28, 2023
spot_img

Peluang Pekerjaan di Cawangan Pertama Apple Malaysia! Dengar Kata Kat Bangunan TRX

Pengguna telefon pintar iPhone akhirnya boleh menarik nafas lega apabila syarikat pengeluarnya, Apple Inc dikatakan bakal membuka gedung pertamanya di Malaysia.

Teori itu mula timbul apabila syarikat gergasi teknologi dunia itu memuat naik senarai tawaran pekerjaan khusus buat rakyat Malaysia di laman sesawang rasminya.

Peluang Pekerjaan di Cawangan Pertama Apple Malaysia Dengar Kata Kat

Walaupun penyenaraian itu tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut mengenai lokasi, namun terdapat ura-ura bahawa gedung tersebut bakal dibuka di bangunan Tun Razak Exchange (TRX).

Terima kasih @NajibRazak kerana membawa suara Malaysia kepada Apple. pic.twitter.com/aCaGJAuIbl

— Xavier Naxa (@XavierNaxa) January 25, 2023

Berita tergempar ini disambut baik oleh rakyat Malaysia kerana walaupun dipasarkan dengan harga yang sangat mahal, namun jenama eksklusif ini mempunyai jumlah peminat dan pembeli yang ramai di negara ini.

Pembukaan gedung ini juga membenarkan pelanggan untuk berurusan secara langsung dengan pembekal mengenai pembelian atau kerosakan produk.

Hal ini amat dinantikan pengguna kerana sebelum ini, mereka menghadapi banyak masalah apabila berurusan dengan pihak ketiga, atau ‘reseller’ seperti Switch dan Machine.

1674723826 943 Peluang Pekerjaan di Cawangan Pertama Apple Malaysia Dengar Kata Kat

Sebagai contohnya, apabila berlaku sebarang kerosakan, pengguna kadang kala dikenakan caj oleh reseller ataupun dikembalikan tanpa sebarang pembaikan kerana kekurangan pakar dari pihak reseller.

Selain itu, ‘refund’ atau pembayaran balik juga amat sukar diperolehi dan sekiranya diluluskan, prosesnya agak rumit dan mengambil masa yang sangat lama.

Seorang pelanggan yang bernama Puspanathan berkongsi rasa gembiranya apabila syarikat yang bertapak di California itu ingin membuka cawangan di tanah air.

1674723827 357 Peluang Pekerjaan di Cawangan Pertama Apple Malaysia Dengar Kata Kat

Menurut pesara guru itu, sudah terlalu lama pengguna produk Apple berhadapan dengan tawaran yang merugikan. Dia juga harus membawa komputer riba pintarnya ke negara jiran untuk dibaiki tanpa sebarang caj.

“MBP (MacBook Pro) saya mengalami masalah pembesar suara. Apabila dibawa kepada ‘reseller’ mereka ingin mengenakan bayaran untuk pemeriksaan walaupun masih berada dalam waranti.

“Saya perlu membawanya ke Singapura di mana ia diperbaiki tanpa sebarang bayaran,” ciapnya di ruangan komen media sosial Twitter milik Mark Gurman, wartawan Bloomberg.

Apple is has begun hiring to open its first retail store in Malaysia

— Mark Gurman (@markgurman) January 24, 2023

Mark Gurman dalam laporannya turut mengesahkan bahawa pengambilan pekerja oleh Apple itu dibuat bagi memenuhi keperluan tenaga buruh di gedung Apple dan bukanlah untuk pihak ketiga.

Memetik laporan Bloomberg, penyenaraian tawaran kerja itu menunjukkan bahawa jawatan berkenaan adalah untuk gedung runcit milik Apple sendiri, bukan oleh penjual pihak ketiga yang lama beroperasi di Malaysia.

Sumber: Malaysia Dateline


Sumber: rileklah.com

PERHATIAN: Kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui platform ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

BACA JUGA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisement -spot_img

Tentang Blog

TRENDING LAGI